Jangan Nekad Buat Pinjaman Loan Kerana Nak Kahwin Awal & Mewah, Kalau Tak Nak Berdepan Dengan Masalah Ini Selepas Kahwin.

 

Perkara paling mudah dan cepat untuk berkahwin selepas ikat tali pertunangan sudah tentu dengan membuat pinjaman loan. Boleh buat majlis yang mewah dan honeymoon ke luar negara dengan duit pinjaman loan tersebut. Part paling best, tak payah susah-susah nak ikat perut ataupun buat 4 kerja nak kumpul duit kahwin, hanya sign sahaja dah dapat puluhan ribu.

Ini adalah cara yang paling digemari sekali buat pasangan yang ingin berkahwin. Tak perlu tunggu lama-lama bahkan selepas kahwin nanti boleh bayar sama-sama. Itulah janji manis sebelum kahwin yang akan kerap kali didengari. Tapi sudahnya si peminjam sahaja yang bayar semuanya.

Perkara ini sebenarnya sangat membimbangkan sebenarnya. Ini kerana, kehidupan selepas kahwin sebenarnya lebih memerlukan banyak wang berbanding sebelum berkahwin. Kalau anda telah berhutang sana sini dan menghabiskan segala wang tersebut, anda mungkin akan berdepan masalah yang besar selepas kahwin nanti.



Nak tahu apa masalah yang bakal anda berdepan jika memilih jalan ini?

1. Semakin besar hutang semakin terbeban

Ramai yang tidak sedar ataupun sudah tahu tetapi masih tak ambil peduli akan perkara ini. Apabila anda membuat satu pinjaman yang besar maka ia akan semakin membebankan diri anda. Mana tidaknya, anda perlu membayar hutang anda serta bunga yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Maka dengan itu, agak sukar untuk diri anda lari dari bebanan ini. Malah kalau anda mengambil tindakan untuk tidak membayarnya atau melengahkan masa bayaran, maka semakin tinggi beban yang terpaksa anda tanggung.



2. Ambil masa yang agak lama untuk selesaikan

Nak pinjam wang untuk majlis perkahwinan ini mana cukup seribu dua ribu, sudah tentu anda akan meminjam puluhan ribu. Paling sedikit pun RM50K, dengan kadar pinjaman sebanyak itu sudah tentu tidak mampu diselesaikan dalam dua atau tiga tahun. Paling tidak, bila anak dah 5 hutang masih belum selesai lagi.

3. Menambah hutang makin kurang keselesaan rumah

Anda telah memiliki hutang kereta, hutang perkahwinan dan pelbagai hutang lain yang terpaksa anda tanggung. Jadinya, anda akan semakin terbeban menanggung kesemua hutang ini hingga membuatkan keselesaan di dalam rumah anda akan terabai. Mana tidaknya, wang yang sepatutnya anda gunakan untuk beri keselesaan rumah perlu digunakan untuk membayar hutang.



4. Kena bersedia untuk tunda keinginan dan kemahuan

Apabila berhutang ini, anda perlu bersedia untuk banyak perkara. Anda kena bersedia untuk tidak memiliki barang idaman anda, kena abaikan keingian bahkan kadang kala terpaksa tunda keperluan hidup. Tidak cukup dengan itu, anak-anak anda juga akan terkena tempias yang sama.

5. Boleh menjadi punca salah faham dan perbalahan

Apabila sudah terlalu lama menanggung hutang, sudah tentu akan ada masalah lain pula yang timbul. Sebagai contoh, anda berdepan dengan masalah rasa tetekan dengan hutang, kewangan tidak cukup malah hanya anda yang terpaksa menanggungnya seorang dirinya. Jadinya ia akan terus menjadi perbalahan antara anda dan juga pasangan.

Sememangnya perkahwinan yang meriah itu adalah idaman ramai, tapi bila membuat keputusan untuk berhutang atas perkara ini, anda perlu memikirkannya secara terperinci dan lebih detail lagi. Sanggup ke anda menanggung hutang ini sehingga anak-anak sudah besar?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,390 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen