Lepas Kahwin Kena Lebih Bijak Menjaga Kewangan. Bukan Untuk Diri Sendiri Sahaja Tetapi Masa Depan Keluarga.

 

Ketika masih bujang, segala gaji dan wang adalah milik diri kita sendiri. Bayar rumah swea sendiri, kereta serta makan minum untuk diri sendiri sahaja. Tak pening kepala, bila segala keutaman telah dibayar, yang selebihnya sudah boleh buat enjoy untuk diri sendiri. tapi itu ketika waktu bujang, selepas berkahwin anda perlu lebih bijak untuk uruskan kewangan anda. Nak-nak lagi kalau hanya anda seorang sahaja yang berkerja, lebih bijak anda perlu uruskan kewangan.

Ramai yang menganggap bahawa selepas kahwin adalah saat untuk enjoy bersama, melancong ke sana ini dengan pasangan malah tunaikan segala keinginan tanpa memikirkan hari esok. Bila dah ada anak barulah nak fikir akan penguruskan kewangan dengan seeloknya.

Pengurusan kewangan ini sebenarnya perlu difikirkan sebelum kahwin lagi. Barulah selepas kahwin anda tidak kekok untuk asingkan wang anda ke arah yang lebih baik. Bukannya tidak boleh nak enjoy sakan, tapi kena tahu hadnya juga.



Ini cara bijak menguruskan kewangan buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga.

1. Bajet perbelanjaan.

Perkara yang paling utama adalah anda perlu lakukan anggaran dalam setiap perbelanjaan. Dimana, asingkan dahulu perkara yang penting seperti duit minyak kereta, tambang kenderaan, barang dapur, bil-bil penting, barang keperluan dan barang keutamaan.

Kalau boleh perbelanjaan yang dilakukan itu tidak boleh terlalu lari dari bajet yang telah ditetapkan melainkan dalam keadaan kecemasan dan terdesak. Ini kerana, jika anda terlalu selesa melepasi bajet yang telah anda lakukan, lama ke lamaan anda akan lupa untuk mengikut anggaran yang sepatutnya anda ikut.



2. Utamakan bayaran hutang.

Ini adalah perkara kedua penting. Bila dapat gaji, terus lakukan pembayaran terhadap hutang-hutang anda, tidak kiralah hutang kad kredit, kereta, PTPTN, loan perkahwinan ataupun hutang barangan rumah. Dapat sahaja gaji, perkara ini yang perlu anda selesaikan dahulu. Bila dah selesai yang ini baru boleh gunakan untuk yang lain.

Mana tidaknya, kalau anda tidak mengutamakan yang ini, anda akan terleka lalu tidak membayar segala hutang anda. Akhirnya hutang akan bertambah, bunga pula semakin menaik.

3. Jangan lupa simpanan.

Simpanan yang perlu anda miliki ini tidak hanya satu simpanan sahaja, ada banyak simpnan yang perlu anda miliki. Sebagai contoh, simpanan untuk kecemasan, melancong, anak-anak, ibu bapa serta hari tua anda juga. Walaupun simpanan anda hanya sedikit sahaja dimasukkan setiap bulan tetapi jika anda konsisten dan tidak menggunakan simpanan tersebut saat terdesak tentu akan menjadi banyak juga.



4. Nafkah.

Ini adalah lebih utama kepada kaum lelaki yang bergelar suami. Selepas kahwin, jangan lupa untuk berikan isteri anda nafkah walaupun sedikit bersesuaian dengan diri anda. Nafkah tersebut bukan digunakan untuk barang dapur atau makan minum anda tetapi lebih kepada membiarkan isteri membeli apa yang dia mahukan seperti pakaian, barang kecantikan, beg tangan dan sebagainya.

Jangan abaikan dalam memberi nafkah kepada isteri anda, mereka ini juga lombong anda meluaskan rezeki anda juga.

5. Hadkan perbelanjaan.

Walaupun anda telah menguruskan kewangan dengan baik tetapi jika anda masih tidak menghadkan perbelanjaan anda tentu sahaja anda akan berdepan dengan masalah. Jadinya, beli yang penting sahaja dulu, yang tidak penting boleh dibeli kemudian bila anda rasa anda memerlukan barang tersebut.

Walaupun anda telah melakukan anggaran dalam perbelanjaan anda tetapi anda masih tidak menghadkannya dengan baik, anda mungkin akan menghabiskan wang tersebut serta menggunakan semua wang simpanan anda.

Uruskan kewangan anda dengan bijak, tidak kiralah sebelum atau selepas kahwin. Jangan terlalu banyak berhutang ia akan membebankan diri anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,438 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen