Sama-Sama Stabil Dalam Perkara Ini Bantu Kurangkan Risiko Salah Faham & Lebih Kekal Bahagia. Sebab Itu Pentingnya Cari Yang Sekufu.

 

Memilih seseorang sebagai pasangan hidup kadang kala bukan hanya memilih dirinya kerana anda mencintai dia. Akan tetapi banyak perkara lain yang perlu anda pertimbangkan bukan sekadar cukup cinta sahaja.

Cinta ini boleh dipupuk walaupun selepas kahwin, akan tetapi ada perkara lain yang perlu anda lihat kerana ia lebih memainkan peranan penting selepas kahwin.

Sikap kesetiaan, kejujuran, tahap pemikiran, kestabilan kewangan serta latar belakang keluarga ini sangat memainkan peranan penting.



Namun apa yang terlihat sangat penting pada ketika ini selain hati budi dan sikap individu, kestabilan kewangan juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah rumahtangga. Menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh Andrew Francis dan Hugo Mialon dari Emory University dalam ‘A Diamond Forever’ and Other Fairy Tales mendapati bahawa suami dan isteri yang kedua-duanya mempunyai kestabilan dari segi kewangan dapat mengurangkan risiko penceraian dalam sesebuah perkahwinan.



Kajian terhadap pasangan suami isteri Amerika pada tahun 2014 menyatakan bahawa risiko perceraian akan menurun sebanyak 51% apabila pasangan suami isteri mempunyai pendapatan bersama sebanyak $ 125,000 atau lebih setahun.

Bukan hanya berdasarkan kajian ini sahaja, punca penceraian yang berlaku di dalam Malaysia ini tersendiri juga meletakkan masalah kewangan dalam rumahtangga menjadi faktor penceraian yang paling tinggi dengan sebanyak 17,359 kes pada tahun 2013 hingga 2019 berdasarkan Jabatan Pendaftaran Negara.



Selepas itu barulah kes-kes lain seperti gangguan pihak ketiga di tahap kedua sebanyak 6,574 kes serta penderaan fizikal & mental 4,884 kes pada kedudukan ketiga.

Sebab itulah sebelum memilih si dia sebagai pasangan hidup, jangan hanya terpedaya dengan janji-janji manisnya ataupun dengan wajah yang tampan dan lawa sahaja. Kestabilan kewangan, kesetiaan dan sikap individu itu lebih penting kerana perkara ini akan terus dibawa ke alam perkahwinan selamanya.

Jangan mudah terpedaya dan percaya akan sesuatu yang tidak jelas, lihat dan selidik dirinya dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk memilihnya sebagai pasangan sepanjang hayat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,975 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen