Masalah Bau Mulut Ini Jangan Pandang Remah, 7 Jenis Bau Ini Ada Kaitan Dengan Penyakit Yang Mungkin Anda Alami.

 

Masalah mulut berbau ini sememangnya tidak asing lagi dalam hidup seharian kita. Kalau tidak mulut sendiri yang berbau, tentu akan ada sahaja orang sekeliling yang berdepan masalah mulut berbau ini. Aduh... memang kurangkan keyakinan diri betul kalau mulut berbau ini. Baru nak bercakap sahaja orang dah lari kerana mulut berbau sangat.

Nak kata tak berus gigi, eh mestilah berus gigi setiap hari. Tak hanya itu sahaja, macam-macam petua telah dilakukan tetapi tetap masih sama sahaja masalah ini tidak selesai lagi.

Bau mulut biasanya berpunca daripada bakteria yang berada dalam mulut kita. Namun, menurut kajian yang diambil daripada Boldsky.com, beberapa penyakit yang dialami juga menyebabkan punca kepada bau mulut.



1. Bau Seperti Kotoran

Berkemungkinan gusi korang mengalami jangkitan disebabkan adanya bakteria anarob dalam mulut. Bakteria ini muncul disebabkan korang kurang membersihkan gigi menggunakan flos.

2. Bau Hamis

Nitrogen dan sulfur adalah penyebab utama mulut berbau hamis. Jika korang berdepan dengan masalah ini, ia bermakna ada masalah kesihatan yang berkaitan dengan ginjal.



3. Bau Seperti Mulut Kering

Bau mulut seperti mulut kering disebabkan keadaan air liur yang tidak normal. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gusi dan juga kerosakan gigi.

4. Bau Busuk

Jika mulut berbau seperti daging yang busuk, berkemungkinan ada masalah dengan tonsilitis. Tonsilitis yang dijangkiti dan meradang dan menghasilkan bakteria anarob. Bakteria itu kemudiannya akan menghasilkan bakteria sulfur yang menyebabkan bau busuk.



5. Bau Seperti Susu Lama

Mulut berbau seperti susu lama terjadi apabila kita melakukan diet yang kurang karbohidrat tetapi tinggi protein. Ini menunjukkan bahawa diet makan tidak baik kerana menu diet yang seimbang diperlukan bagi kesihatan badan korang.

6. Bau Seperti Kapur Barus

Mungkin disebabkan sinus. Ini kerana lendir ketika hidung korang tersumbat mengandungi protein yang sangat padat sehingga dapat menghasilkan bau sebegitu.

7. Bau Seperti Buah Pear

Berkemungkinan menunjukkan bahawa korang mengalami penyakit kencing manis jenis satu. Ini kerana kekurangan insulin dalam badan, menyebabkan bau seperti itu.

Cuba periksa bau mulut anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,783 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen