Masa Lalu Pasangan Biarkan Berlalu, Yang Penting Siapa Dirinya Sekarang.

 

Bila bercakap pasal masa lalu pasangan ini, tentu ramai yang berfikiran macam-macam. Bahkan ada yang boleh terima dan ada juga yang tidak boleh terima. Masa lalu ini dianggap begitu sensitif sehinggakan ramai yang takut untuk berterus terang dengan pasangan mereka keranan bimbang disalah anggap.

Ini kerana, ada yang berpendapat bahawa dengan masa lalu seseorang dirinya boleh menjadi seorang yang sangat insecure serta tidak percaya pasangan hanya kerana perkara itu. Walaupun ia telah berlalu, tetap sahaja ramai yang bimbang bahawa perkara tersebut akan terus menghantui dirinya ataupun hubungan yang terbina. Itu yang membuatkan ramai yang agak ragu-ragu nak terima masa lalu pasangan mereka.



Masalah ini sebenarnya bagaikan bom jangka dalam hubungan mereka. Jika tidak diselesaikan dan dijernihkan dengan segera, ia akan memusnahkan hubungan yang terbina walaupun kalian berdua saling menyayangi.

Buat anda yang berdepan dengan masalah sukar nak terima masa lalu pasangan, mungkin ini yang boleh anda lakukan. Walaupun awalnya rasa sukar mana tahu lama dapat terima dengan hati yang terbuka.

Anda perlu tahu bahawa setiap orang mempunyai masa lalu, sama ada anda atau sesiapa pun.

Bukan masa lalu siapa yang paling buruk atau sebaliknya, tetapi setiap dari kita mempunyai masa lalu yang sudah tentu tidak mahu dilakukan lagi. Sebagai manusia biasa, kita sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesalahan. Bahkan kesalahan itu akan mengajar kita menjadi siapa yang sekarang.



Ketepikan masa lalunya, yang penting adalah bagaimana anda dan dirinya pertahankan hubungan.

Jika anda terlalu sibuk memikirkan masa lalunya, bagaimana anda ingin mempertahankan hubungan anda dan juga dirinya. Masa lalu yang ada itu tidak akan boleh berubah walaupun macam mana cara yang anda inginkan. Adalah lebih baik anda pertahankan hubungan yang anda dan percaya bahawa anda mampu membimbing dirinya lebih baik lagi.

Fokus dirinya yang sekarang, bukan dirinya yang lalu.

Lihat siapa dirinya yang sekarang ini, jangan terlalu sibuk nak ungkit kembali segala perkara yang lepas. Boleh jadi, hari ini dia lebih baik dari sebelum ini, bahkan masa lalunya telah banyak mengajarnya menjadi insan yang lebih baik dari anda. Jadi hargai dan fokus dia yang sekarang.



Dia pun berhak bahagia seperti orang lain, jangan mudah menghukum dirinya.

Bila bercakap pasal masa lalu sahaja, begitu mudah nak jatuhkan hukum sendiri tanpa pedulikan perasaan orang lain. Setiap orang mempunyai masa lalu yang dia perlu belajar dari kesilapan dirinya. Anda sebagai pasangan dia sepatutnya menjadi penyokong dan penguat semangat. Bukannya seorang yang sesuka hati menjatuhkan hukum terhadap dirinya.

Boleh jadi dia akan jadi lebih baik dari anda yang tidak mempunyai masa lalu.

Anda tidak tahu mengenai dirinya, bagaimana dia berdepan dengan semua perkara itu. Yang anda tahu adalah dia punya kisah akan masa lalunya. Bahkan anda juga tidak tahu bahawa dirinya itu adalah lebih baik dari masa lalu anda ataupun ketika ini. Jadi buat apa anda rumitkan keadaan sedangkan anda sepatutnya menilai dan membimbing.

Masa lalu ini sememangnya sangat merumitkan, tetapi percayalah peluang kedua perlu diberikan kepada mereka ini. Jangan nilai dia hanya kerana kesilapan yang pernah dia lakukan, akan tetapi nilai siapa dia yang sekarang ini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,567 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen