Selalu Lakukan Perkara Ini Kepada Anda, Nampaknya Dia Bukan Yang Sesuai Dijadikan Pasangan Hidup.

 

Siapa yang tidak bahagia bila bersama dengan pasangan yang kita cintai. Dari dulu ingin bersamanya, kini anda berjaya memiliki dirinya. Sudah tentu kebahagiaan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Namun begitu, tidak semua orang yang kita cintai itu adalah orang yang sesuai kita pertahankan hubungan dengannya. Nak-nak lagi jika dirinya itu tidak tahu menghargai diri anda, layanan pun nak tak nak sahaja bahkan banyak kali melukakan hati anda. Sayang nak lepaskan itu sememangnya perkara biasa, tetapi sampai bila nak kekal dalam hubungan seperti ini.

Setiap orang sememangnya berhak untuk memilih pasangan hidup mereka. Dengan siapa mereka ingin bersama bahkan menolak orang yang melukakan hatinya. Begitu juga dengan anda, jika hanya anda sahaja yang berjuang dan juga menyayangi dirinya itu tidak berguna sedang tiada usaha darinya.
 


Rasa sayang itu memang ada tetapi cuba fikirkan diri anda terlebih dahulu. Bahagia ke anda sebegini? Cuba lihat pasangan yang mana tidak perlu anda perjuangkan hubungan dengannya.

Sikapnya terhadap diri anda, kejap baik kejap dingin

Bila anda perlukan dirinya, dia sibuk akan perkara lain tapi bila dia perlukan anda, dia akan buat baik sebaik mungkin dengan anda. Bukan itu sahaja kejap layanannya elok, sekejap pula layanannya nak taknak. Anda pun pening kepala melihat dirinya itu. Apabila seseorang berkelakuan yang mengelirukan ini, dia sebenarnya belum bersedia untuk berada dalam satu hubungan yang serius.



Membiarkan anda melakukan segalanya

Setakat ini, hanya anda yang cuba menghantar mesej kepadanya, mencarinya, bertanya bagaimana dia, membuat anda menunggu dan bahkan datang untuk melawatnya. Bezakan antara pemalu lelaki dan lelaki yang hanya menggunakan anda dan tidak mahu berjuang untuk cinta anda. Kalau dalam keadaan seperti ini, terlihat anda sahaja yang beria-ria.

Dia nak anda berubah

Bukan terima anda seadanya tetapi ingin anda berubah mengikut kemahuan dirinya. Dia mahu anda menjadi seperti orang yang dia mahu sedangkan dia tidak mahu menjadi seperti orang yang anda mahukan. Sesayang mana pun anda pada dirinya, jangan percaya akan dirinya. Ini kerana, seseorang yang sayang anda akan terima segala baik buruk anda dan seadanya diri anda itu.



Susah nak minta maaf walaupun salah sendiri

Setiap orang sememangnya tidak lari dari melakukan salah, bahkan meminta maaf itu adalah cara yang baik untuk jernihkan hubungan. Tetapi tidak bagi dirinya, walaupun dia yang melakukan salah tetap sahaja anda yang perlu meminta maaf. Malah menjadi lebih teruk bila anda yang melakukan salah. Walaupun banyak maaf yang anda katakan tetap sahaja dia tidak perduli.

Ingat! Rasa sayang ini boleh mengkaburi fikiran dan hati anda. Boleh jadi anda memikirkan sikapnya sememangnya seperti itu, tetapi bagaimana pula kalau dirinya hanya mempergunakan anda sahaja.
 
 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,726 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen