Kos Perkahwinan Yang Sedikit Lebih Kekalkan Hubungan Berbanding Yang Mewah & Berhabis-habisan. Ini Kata Pakar.

 

Majlis perkahwinan ini kalau dilihat sudah macam satu perlumbaan. Masing-masing sibuk nak buat majlis kahwin yang paling mewah dan juga meriah. Bahkan, kalau boleh majlisnya ini memakan satu perbelanjaan yang banyak, barulah mereka ini betul-betul puas hati.

Ada yang sanggup berhutang sana sini, ikat perut malah buat pinjaman bank, hanya kerana ingin pastikan majlis perkahwinannya lebih meriah dari yang lain. Jemputan yang ramai, pelamin yang mewah, serta baju persandingan yang berhelai-helai. Aduh, banyak betul wang yang perlu dikeluarkan itu.



Tapi perlu ke majlis yang seperti ini? Bukannya majlis perkahwinan yang meriah dan mewah ini akan menjadi penentu akan rumahtangga yang bahagia.
 


Ada orang berpendapat bahawa perkahwinan ini hanya berlaku sekali seumur hidup, maka dengan itu majlis yang mewah perlulah dilaksanakan sebagai kenangan sepanjang hayat. Tapi ada pula yang berpendapat bahawa nikah itu cukup sekadar bersederhana, lakukan perkara yang wajib dan sesuai di sisi agama.

Semua itu terpulang pada pendapat masing-masing, tapi satu kajian mengatakan berapa banyak yang anda belanjakan untuk berkahwin sebenarnya boleh menentukan berapa lama perkahwinan anda berlangsung.



Satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Hugo Mialon dan Dr. Andrew Francis dari Emory University pada tahun 2014, dan ditulis oleh Randy Olson mendapati bahawa pasangan yang membelanjakan tidak lebih daripada $ 1k (satu ribu ringgit) untuk majlis perkahwinan sebenarnya boleh mengurangkan risiko perceraian sebanyak 53%.

Semakin mahal kos perkahwinan, semakin besar risiko perceraian. Walaupun dalam kajian yang sama juga disebutkan bahawa menjemput ramai tetamu, sekurang-kurangnya 200 orang, juga dapat meningkatkan kekuatan perkahwinan , tetapi ternyata sebanyak perbelanjaan perkahwinan.

Jadi apa yang dapat disimpulkan adalah, mengudang tetamu yang secukupnya dan perbelanjaan perkahwinan yang tidak terlalu berlebihan adalah satu pilihan yang terbaik.
 
 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 617,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen