Ini 5 Tanda Dia Sedang Marah Anda, Jangan Tanya-Tanya Lagi Lepas Ni, Terus Je Pujuk Si Dia.

 

Tiba-tiba tak nak bercakap dan bertegur sapa, ramai yang anggap keadaan ini akibat mood yang tengah swing. Eh, tapi macam mana kalau anda telah melakukan kesalahan hingga membuat dirinya marah. Boleh jadi juga bukan.

Kadang kala kita tak sedar pun pasangan kita ini marah pada kita. Yang kita tahu, tiba-tiba sahaja dia mula buat perangai dan mula tunjukkan sikapnya yang dingin. Tentu anda akan mula tertanya-tanya bukan kenapa sikapnya seperti itu.

Baik lelaki atau perempuan, keduanya akan melakukan hal yang sama bila mereka ini merajuk ataupun marah terhadap anda. Nak tahu apa yang mereka lakukan, ini beberapa perkara yang patut anda peka.
 


1. Sukar untuk dihubungi

Jika selalunya dia akan segera membalas pesanan atau menjawab telefon anda , tapi hari ini dia semacam sedikit. Lambat balas, tiba-tiba menyatakan dirinya sibuk malah diminta untuk tidak diganggu. Tingkah laku dia sengaja untuk mengelak dari anda dan malas nak berkomunikasi.



2. Malas nak berjumpa.

Bila buah hati ajak jumpa, sudah tentu akan melonjak keriangan. Tapi dia tiba-tiba pula tidak mahu berjumpa dengan anda malah lebih memilih nak berehat sahaja. Ada yang pelik kalau macam ini. Kena check segera ini.

3. Dia lebih banyak diam dan malas layan anda.

Jika selalu ada sahaja topik perbualan untuk kalian berdua, kali ini tersangatlah berbeza. Dia hanya membalas sepatah perkataan seperti okay, baik, hmmm dan bagi emoji je. Aduhh... macam ini tandanya dia tidak mahu bercakap dengan diri anda.



4. Menjadi sensitif dan mudah marah

Bila banyak perkara perlu difikirkan, tentu sahaja seseorang menjadi lebih sensitif dari biasa. Walaupun dalam hal yang remeh dan kecil, seseorang yang tidak fokus dan sensitif ini boleh marah secara tiba-tiba. Hmm... kalau tiba-tiba dia dah marah-marah itu, segeralah pujuk dirinya. Tunggu apa lagi.

5. Menjaga jarak dengan anda.

Jika dahulu kalian mudah berkongsi dan berguaru bersama, tapi kini dirinya mula berubah. Dia mula sibukkan diri dengan hal yang entah apa-apa, bila jumpa pun dia lebih fokus kepada telefon bimbitnya. Malah bila berbual dengan anda dia buat tak tahu sahaja. Segera pujuk dirinya, jangan biarkan dia semakin jauh dari anda.

Kadang kala kita akan melakukan salah tanpa kita sedar. Tidak kiralah hal yang tidak disukai pasangan atau hal lain, tapi bila nampak keadaan seperti ini segera pujuk dan baiki semula hubungan anda. Jangan buat tak tahu sahaja, nanti anda juga yang susah.
 
 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen