5 Karakter Wanita Yang Nampak Sempoi Tapi Sebenarnya Menjadi Daya Penarik Mereka, Agak-Agak Korang Ada Tak Macam Ni?

 

Sesetengah gadis dia ingin kelihatan cantik dan juga ayu di hadapan jejak-jejak. Bila bersikap ayu dan kelihatan cantik seperti ini tentu sahaja akan mudah mendapat perhatian dari si jejak lalu berjaya mencuri hati mereka itu.

Eh, tapi ada juga yang tidak peduli dengan kecantikan dan sikap ayu mereka selagi mereka selesa dengan diri mereka sendiri. Boleh jadi mereka berhias pun untuk dirinya sendiri, itu belum hilang segala sikap ayu di depan orang ramai.

Kalau selalunya kita fikirkan bahawa wanita yang cantik dan ayu sahaja mendapat tarikan di mata lelaki, anda silap sebenarnya. Ini kerana, wanita yang sempoi dan bersahaja juga mempunyai tarikan yang tersendiri lalu membuat hati lelaki tertarik.


1. Sejenis yang bercakap lepas, tapi mereka ini selalu jujur.

Sesetengah orang tidak begitu selesa dengan wanita yang suka cakap lepas ini. Bagi mereka wanita ini tidak tahu menjaga hati perasaan orang lain dan suka cakap mengikut apa yang terlintas di fikiran sahaja. Sedangkan ada juga yang suka wanita ini kerana mereka ini kelihatan berani dan jujur tentang apa yang dia nyatakan. Itu adalah tarikan yang dia miliki dalam diam.



2. Berpakaian biasa-biasa sahaja, bukan tak tahu berhias tetapi selesa begini.

Wanita dan juga kecantikan ini sememangnya tidak dapat diasingkan lagi. Itu sama juga dengan berpenamilan yang menawan dan anggun serta berhias sedikit. Namun, ada juga yang berpakaian biasa-biasa sahaja malah tidak berhias kerana selesa begitu. Tapi itu bukan bermaksud mereka ini malas atau apa, tetapi mereka ini jenis yang bersederhana dan tidak berlebihan. Itu daya tarikan yang dia miliki, orang lelaki kan suka yang simple-simple ini.

3. Sejenis yang tahu apa yang penting dan apa yang diinginkan dalam hidup.

Seorang yang tetap pendirian dan tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini sememangnya menunjukkan anda seorang yang begitu bercita-cita tinggi. Wanita seperti ini biasanya mempunyai tujuan hidup yang jelas dan sentiasa mengatur hidup mereka dengan baik. Haaa... jangan terkejut kalau ini adalah daya tarikan mereka. Lelaki suka akan wanita seperti ini kerana tahu berdikari.



4. Bersikap matang bukannya ingin dapatkan tumpuan dan perhatian.

Wanita yang bersikap matang ini sudah semestinya mempunyai keangguan yang tersendiri. Selain seorang yang serius dalam menjalani hidup mereka, mereka ini juga tidak banyak drama dan juga clingy masih boleh dikawal. Kematangan mereka ini selalunya mendapat perhatian dari lelaki dari segi mereka berfikir, bercakap malah bergaul dengan orang sekeliling. Fuhh... jangan tak sangka kalau dalam diam ada yang memerhatikan diri anda.

5. Seorang yang misteri lagi buat lelaki ingin tahu.

Mendekati mereka yang seperti ini perlu ada strategi, ini kerana aura misteri mereka membuatkan lelaki terpikat dengan mereka tetapi sukar untuk dicari tahu. Itu yang membuatkan lelaki rasa tercabar untuk kenal dengan mereka lebih dekat. Kira macam mereka ini suka main tarik tali la.

Setiap orang ini mempunyai keunikan yang tersendiri, sebab itu jangan mudah menilai seseorang yang anda lihat dari luar. Boleh jadi dalamnya penuh dengan perkara berharga.

Walaupun bagaimana pun anda dari segi penamilan, rupa paras serta apa-apa pun, tentu sahaja akan ada yang menyimpan minat dan perasaan pada anda. Kalau ada jodoh kalian bersama tentu akan bersama. Jangan rendah diri sangat okay.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen