Tidur Sebentar Pada Waktu Siang Sangat Baik Untuk Jantung Mengikut Islam & Sains, Tapi Jangan Tidur Secara Berlebihan Pula.

 

Dapat lelapkan mata sementara pada waktu rehat sememangnya sangat melegakan dan menyegarkan diri yang letih dan lesu ini. Bahkan, tidur pada waktu siang sebentar adalah sunnah Nabi yang ditinggalkan untuk kita semua.

Sabda Rasulullah s.a.w “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Riwayat at-Tabrani)

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.


Satu kajian daripada University Hospital of Lausanne, Switzerland menunjukkan tabiat tidur siang sekali atau dua dalam seminggu mampu menurunkan risiko penyakit jantung.

Kajian berkenaan mengkaji hubungan antara kekerapan tidur, tempoh tidur dengan risiko kematian serta risiko penyakit kardiovaskular.



Seramai 3,000 orang berusia 35 hingga 75 tahun telah dikaji dalam tempoh lima tahun kajian dan hasilnya, mereka yang tidur siang sekali dua dalam seminggu, antara 5 minit hingga 1 jam, mempunyai 48% kebarangkalian untuk tidak mengalami sakit jantung dan strok.

Namun begitu, keputusan ini tidak pula berkaitan dengan jumlah tidur siang yang berlebih-lebihan.

Menurut Profesor Naveed Sattar dari Institute of Cardiovascular and Medical Sciences, University of Glaslow, Scotland berkata, tidur sekali sekala pada waktu siang hari boleh memberikan tubuh badan sihat dan kehidupan yang lebih teratur berbanding mereka yang kerap tidur siang setiap hari.

Tidur sebentar sememangnya memberi tenaga, akan tetapi jangan tidur lama-lama pada waktu rehat. Takut nanti dimarah bos pula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 534,399 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen