Takut Bajet Tak Cukup, Stress Fikir Pasal Majlis Kahwin. Haaa... Ini Tips Macam Mana Anda Boleh Kurangkan Bajet Majlis Anda Nanti.

 

Bercinta bertahun-tahun tentu sahaja membuatkan anda ingin akhirnya dengan sebuah perkahwinan yang begitu meriah dan menjadi kenangan abadi, seterusnya menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri. Tentu sahaja ramai yang mengimpikan perkara ini akan terjadi dalam hidup malah kalau boleh dipermudahkan segala urusan.

Apabila masalah mencari calon pasangan sudah selesai, tentu anda sebagai orang lelaki akan mula pening kepala untuk mencari wang hantaran serta kenduri kahwin pula. Aduh... macam mana ni.

Dengan kadar wang hantaran yang mahal kerana mengikut taraf pendidikan dan juga kata-kata orang, itu belum lagi dengan pakej-pakej yang mahal serta barang-barang yang semakin naik harga, tentu sahaja membuat anda tergaru-garu kepala untuk mencari wang lebih.

Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga dan ingin berjimat cermat dalam perbelanjaan wang, ini ada sedikit tips yang akan membantu anda merancang kembali kewangan anda dengan bajet yang rendah.


1) Tetapkan perbelanjaan yang penting dahulu

Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan untuk memotong dan mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan di atas.



Sebagai contoh:

• Pilih lokasi majlis yang tidak memerlukan kos tinggi. Dewan serbaguna dan rumah sendiri (jika ada ruang luas) adalah pilihan lebih murah berbanding hotel dan restoran mewah.

• Hadkan bilangan menu makanan kenduri. Yang penting adalah menu utama iaitu nasi, lauk pauk dan air minuman. Menu-menu tambahan lain seperti burger, murtabak, cendol, roti john, kambing bakar; pilih jika berkemampuan sahaja.

• Pilih pakej fotografi dan videografi yang asas pun sudah memadai. Tak perlu nak pilih pakej advance yang complete 3 hari 3 malam, nanti macam nak buat filem pula.

• Pelamin juga boleh pilih pakej yang simple. Saya dulu pun pilih pakej mini pelamin bertunang untuk majlis perkahwinan, memang lebih jimat. Untuk hiasan bunga dan dekorasi pula, sewa sekali dengan pakej pelamin. Lebih jimat berbanding beli.

• Untuk baju pengantin, menyewa dengan butik pengantin adalah lebih murah berbanding menempah khas. Kalau nak tempah juga, pastikan baju pengantin tersebut boleh digunakan juga pada waktu dan majlis lain, bukan sekadar pada hari majlis perkahwinan sahaja.

• DJ dan PA sistem jika tidak ada pun tidak mengapa. Boleh sahaja pasang lagu dan muzik daripada komputer atau pun laptop. Bukan semua tetamu suka muzik yang kuat dan bingit.

• Pilih barang hantaran kahwin yang berpatutan dan praktikal. Menghadiahkan set perfume mahal kepada orang yang memang tak suka pakai perfume adalah satu pembaziran. Last-last, dibiarkan sahaja nanti sampai hilang wanginya.

• Kad jemputan kahwin, kalau boleh buat satu untuk kedua-dua belah majlis pihak lelaki dan perempuan. Lebih jimat berbanding buat berasingan sebab kuantiti lebih banyak.

Dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk kurangkan bajet, cuma perlu ikut kemampuan, kehendak dan kreativiti sendiri.

2) Berbincang dengan bakal pasangan

Kalau ada ruang dan peluang, berbincanglah dengan bakal pasangan tentang bajet majlis perkahwinan.
Penting untuk kedua-dua bakal pasangan faham tentang tahap kewangan sendiri dan buat perbelanjaan persiapan majlis perkahwinan mengikut kemampuan.

Perlu bersama-sama fikir dan pikul beban untuk majlis perkahwinan sendiri. Jangan diharapkan kepada sebelah pihak sahaja. Apa-apa yang boleh dikongsi kosnya, berkongsilah.



3) Berterus-terang dengan ahli keluarga

Inilah dilema ramai bakal pasangan pengantin sekarang. Nak diikut kehendak sendiri, tak memenuhi kehendak keluarga. Nak diikut kehendak keluarga, tak sepadan pula dengan kemampuan sendiri. Antara penyelesaiannya, berterus-teranglah dengan ahli keluarga tentang kemampuan kewangan sendiri. Tunjukkan jumlah duit simpanan yang mampu diperuntukkan untuk majlis kahwin.

4) Bertanya kepada yang berpengalaman

Rajinlah bertanya dan dapatkan pandangan dari orang yang berpengalaman. Ahli keluarga boleh memberi pandangan dan pendapat tentang majlis dan tetamu yang bakal dijemput. Tanya juga rakan-rakan yang telah berkahwin, dari situ anda boleh merancang apa yang perlu dan tidak perlu.

5) Buat rangka bajet

Buat draf rangka bajet tentang kewangan yang anda mampu simpan. Dari situ senaraikan apa yang diperlukan serta harga setiap servis yang perlu dibayar. Daripada rangka bajet ini, potong apa sahaja yang tidak penting. Dan ini sedikit sebanyak membantu anda ‘cut cost’.

6) Pergi ekspo perkahwinan

Kalau ada ekspo perkahwinan yang dianjurkan berdekatan dengan tempat anda, rajin-rajinkan diri untuk hadir. Senang, ramai perancang perkahwinan, penjual dan vendor berkumpul di bawah satu bumbung, jadi mudah untuk merancang persiapan majlis perkahwinan. Boleh survey harga, boleh survey pakej-pakej yang sesuai. Mana tahu, boleh dapat tawaran menarik pada harga berpatutan, jadi boleh jimat banyak.



7) Rajinkan diri buat DIY

Bab ini memang seronok sebab selain dapat menonjolkan kreativiti sendiri, dapat juga jimat belanja. Contohnya, boleh gubah barang hantaran kahwin sendiri, jadi tak perlu upah orang lain untuk gubah. Kalau pandai menjahit, boleh jahit sendiri baju pengantin. Kalau pandai graphic design, boleh buat sendiri kad jemputan kahwin.

8) Gabungkan majlis

Kalau pengantin lelaki dan perempuan tinggal berdekatan, boleh bincang dengan ahli keluarga untuk gabungkan majlis dan buat satu sahaja. Bukan itu sahaja, kalau ada adik-beradik yang turut sama nak berkahwin dalam masa terdekat, boleh turut bergabung sekali.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen