Perkara Sunnah Yang Dilakukan Oleh Suami. Pahala Dapat, Isteri Pun Makin Sayang.

 

Perkahwinan ini bukan hanya sekadar membuka rezeki yang luas buat mereka-mereka, bahkan bukan hanya mendekatkan diri dengan Allah tetapi perkahwinan ini juga membuka peluang untuk mengejar pahala dengan lebih banyak lagi.

Baik sebagai suami atau isteri, masing-masing berpeluang untuk mencari dan mengejar pahala untuk dibawa ke akhirat kelak. Apa yang lebih menariknya, pahala lebih mudah untuk dimiliki selepas kahwin ini. Walaupun sekadar membuat tersenyum gembira serta si isteri pula mentaati suaminya.

Ya Allah, mudahnya nak dapat pahala selepas kahwin ini.



Terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang dijadikan contoh yang terbaik. Tetapi sunnah yang selalu diambil tahu dahulu ialah berpoligami sedangkan ada banyak lagi perkara yang Nabi Muhammad SAW buat yang lagi elok untuk kita contohi. Seperti menjadi seorang suami yang menjaga hati isterinya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW sebagai seorang suami.

Baginda berlumba lari dgn Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang (H.R Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy).

Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, jemur, sapu sampah, basuh pinggan dan lain-lain) ketika Baginda berada di rumah (H.R Bukhari).

Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, Baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab Baginda, “Bapanya” (H.R Bukhari).

Tidak pernah memukul wanita (isteri) dan khadamnya (H.R Muslim).

Melayani isteri ketika sakit malah Baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis (H.R Nasaa’iyy). Adakalanya Baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat (H.R Muslim).

Tetap mengingati kebaikan isteri telah meninggal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cemburu (H.R Bukhari).

Amat romantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, Baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa jijik (H.R Muslim).

Terlalu banyak amalan sunnah yang Nabi Muhammad SAW tinggalkan buat kita untuk diikuti. Bukan hanya sekadar berpoligami sahaja sunnah, banyak lagi sunnah lain yang boleh diikut dan ditiru. Suami-suami jangan suruh isteri je kejar pahala, anda pun boleh kejar pahala juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,403 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen