Jangan Korbankan 5 Perkara Ini Hanya Kerana Cinta. Takut Menyesal Dikemudian Hari.

 

Cinta itu begitu mengasyikkan sehingga membutakan mata hati kita sendiri. Apabila anda bercinta dengan seseorang, anda akan sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Dari kecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara, semua yang anda lakukan itu adalah hanya kerana anda sayangkan dirinya.

Namun, adakah berbaloi segala perkara yang anda korbankan terhadap hubungan yang masih tidak tahu pengakhirannya dimana. Si dia itu belum pasti lagi menjadi suami atau isteri anda satu hari nanti. Boleh jadi, dia hanya akan menjadi orang asing yang melupakan anda dan mengabaikan segala apa yang telah anda korbankan buat dirinya.

Jangan kelak anda menangis kerana menyesali apa yang telah anda korbankan kepada si dia yang melupakan. Berikut adalah perkara yang sangat tidak berbaloi anda korbankan.


Kebahagiaan diri sendiri

Macam mana nak bahagia dengan pasangan jika diri sendiri pun tak bahagia. Ramai yang mempertikaikan ini. Anda nak puaskan hati semua orang tapi hati sendiri macam mana. Bahagiakan diri anda dahulu baru boleh bahagiakan orang lain.



Kebebasan diri

Ini sangat common. Selalunya bila seseorang itu mula bercinta, mula la nak minta izin boleh keluar ke tidak. Boleh buat itu ini. Semua benda kena tanya dahulu. Tolong jangan buat perkara ini. Ini yang membuatkan diri anda nampak rendah dan mudah dipijak.

Cita-cita

Jangan sama sekali korbankan cita-cita anda demi cinta. Ini adalah perkara yang paling anda akan kesali jika anda lakukannya. Kalau pasangan anda tak setuju dengan cita-cita anda, mungkin dia bukan yang terbaik buatmu. Jika seseorang itu betul-betul menyayangi anda dengan seikhlas hatinya, dia akan menyokong anda sehingga ke hujung dunia.



Maruah diri

Sayang macam mana sekalipun diri anda terhadap dirinya, itu tidak membuatkan anda menyerahkan maruah anda terhadapnya semudah itu. Maruah anda itu mahal harganya, sebab itulah anda perlu berikan kepada suami yang sah buat diri anda. Dimana dia yang akan selamanya anda di sisi. Jika anda memberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya, itu hanya akan membawa kekesalan dalam hidup anda.

Ahli keluarga dan sahabat

Belajar bahagikan masa untuk keluarga dan sahabat. Jangan ketepikan mereka hanya kerana anda bercinta. Mereka lah yang akan menyokong hubungan anda dengan pasangan pilihan. Jika anda putus cinta, mereka support system yang paling anda perlukan.

Semasa bercinta, semua perkara ini anda rasakan tidak penting kerana anda hanya memerlukan dirinya. Akan tetapi bila dia mula tinggalkan anda, barulah anda sedar bahawa semua perkara ini lebih penting berbanding dirinya. Jangan terlalu buta hanya kerana cinta, sedangkan anda belum pasti di mana penghujungnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,398 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen