Jangan Terburu-Buru Dalam Perkahwinan, Setiap Orang Ada Waktunya Masing-Masing. Berkahwin Ini Bukan Perlumbaan.

 

Apabila melihat rakan-rakan seusia mula naik pelamin terus menerus, tentu sahaja anda akan mula bimbang dan takut jika anda bakal menjadi orang yang terakhir mendirikan rumahtangga. Bimbang masih tiada yang terima diri anda bahkan bimbang tiada siapa yang meminang anda.

Jangan nak terlalu bimbang okay. Setiap orang mempunyai masa masing-masing untuk bertemu jodoh dan berkahwin. Jangan terlalu tertekan dengan apa yang berlaku disekeliling anda tetapi nikmati sahaja hidup anda ketika ini.

Kadang kala, jodoh lambat itu kerana anda sedang berdepan dengan ujian yang diberikan Allah. Jadi, anda perlu sabar, kuat dan buat sahaja macam biasa walaupun dalam hati anda bimbang dan ketakutan.


Tak perlu berlumba-lumba, kerana yang baik itu selalu dipilih dalam keadaan berhati-hati.

Kadang kala tidak elok sebenarnya memilih pasangan dalam keadaan terburu-buru, cuba untuk tenang dan pilih yang sebaik mungkin mengikut masa. Ini kerana, yang baik itu tidak akan datang saat terburu-buru, tetapi ia akan hadir apabila anda berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.



Persiapkan diri sendiri dulu barulah jumpa yang terbaik.

Sebelum berjumpa dengan jodoh, adalah lebih baik anda persiapkan diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Tidak kiralah sebagai muslim, hamba, anak, wanita atau rakan. Ini kerana, anda tidak tahu esok atau lusa anda akan bertemu dengan jodoh atau ia menjadi hari terakhir anda di dunia ini. Maka perbaiki diri untuk dibawa sebagai bekalan.

Apa yang Allah telah sediakan buat anda tidak akan terlepas ke tangan orang lain.

Ingatlah, apa yang Allah sediakan untuk anda tidak akan diberi kepada orang lain, Allah tidak akan bertukar dengan yang lain untuk anda, kerana Tuhan adil adil dalam memberi buat hambaNya. Walaupun sejauh mana anda lari dan bersembunyi, anda akan berjumpa juga dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.



Percaya kepada allah, sekiranya ia berada pada masa yang tepat kemudian masa yang indah akan datang

Jadi percaya kepada Tuhan, jika tiba pada waktu yang tepat maka masa yang indah pasti akan datang. Masa yang anda tunggu-tunggu itu pasti akan tiba juga, cuma yang membezakannya cepat atau lambat sahaja.

Biar lambat asalkan selamat

Kadang kala bila terburu-buru dalam perkahwinan ini tapi sebenarnya belum bersedia dan belum matang lagi, ia mungkin akan berakhir dengan perpisahan. Maka dengan itu, walaupun jodoh datang lambat sedikit tapi ia hadir saat anda sudah matang dan juga bersedia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen