Jangan Pernah Berhenti Berdoa & Berharap, Itu Pun Salah Satu Usaha Mencari Jodoh.

 

Sesiapa sahaja sudah tentu tertunggu-tunggu pasangan hidup mereka. Yang sudah berkahwin tentu sudah tarik nafas lega dan hanya melalui segala hari-hari yang mendatang, tapi buat mereka yang masih bujang sudah tentu ternanti-nanti seseorang yang dipanggil jodoh.

Siapa sahaja yang tidak mahu berkahwin. Dengan perkahwinan, rezeki akan semakin luas, malah semakin kenal erti tanggungjawab serta dapat mematangkan seseorang. Tak lupa juga, peluang untuk kumpul pahala juga semakin terbuka luas.

Umur semakin meningkat tetapi jodoh yang diharapkan tidak juga ditemui tentu sahaja membimbangkan. Tapi itu adalah salah satu ujian yang Allah berikan kepada mereka yang masih bujang. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepadaNya dan memohon jodoh yang baik-baik.


Selain berdoa, ada juga amalan yang mempercepatkan jodoh anda lagi.

1. Solat di awal waktu

Sering kali terdetik di hati bila jodoh akan tiba. Terasa begitu lambat sekali. Tapi ada tak kita fikir saat azan kedengaran, adakah kita masih leka dengan urusan dunia? Kita mahu jodoh kita segera bertemu tapi pada masa yang sama kita lupa untuk segera menyahut panggilanNya di saat Dia memanggil.

2. Perbaiki niat berkahwin

Jangan berkahwin hanya kerana nafsu semata-mata dan ingin berlumba dengan rakan-rakan yang lain. Akan tetapi niatlah berkahwin untuk mendapatkan redha Allah. Sia-sia hidup kita jika tidak mendapat redha Allah kerana itulah matlamat kita hidup.



3. Baca surah Yaasin setiap pagi

Surah Yaasin merupakan hati atau jantung al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam jumaat tapi kalau surah ini diamalkan setiap hari, lebih banyak mafaat yang bakal diperolehi. Allah akan mudahkan segala urusan hati itu, bahkan yang tiada jalan keluar pun akan dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah.

4. Baca Surah al-Waqiah setiap malam

Amalan surah al-Waqiah ini memberi kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah bab jodoh. Sabda Rasulullah saw bermaksud;

“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” Riwayat oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.



5. Tahajjud setiap malam


Bangunlah di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukup sekadar dua rakaat sahaja. Beberapa miit sebelum subuh masih sempat untuk anda amalkan. Ketika itu minta dan berdoalah apa sahaja kepadaNya seperti yang anda inginkan.

6. Maafkan orang sekiling anda.

Kadang kala ada perkara yang mengguris hati perasaan anda hingga membuatkan anda menyimpan dendam padanya. Jangan begitu, maafkan sahaja setiap orang yang melukkan hati anda bahkan pada mereka yang tidak melakukan apa-apa pun pada diri anda. Jika anda melakukan ini, tenti sahaja anda akan bertambah tenang dan juga gembira.

Buat anda yang sedang mencari jodoh, jangan terlalu tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti. Lakukan sahaja semua perkara seperti biasa. Ubah diri anda menjadi lebih baik. Mungkin Allah sedang beri masa untuk anda persiapkan diri sebelum menempuhi alam perkahwinan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,165 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen