Bila Pasangan Tidak Setia, Salah Anda Tidak Menjaganya Atau Dia Memang Mudah Tergoda?

 

Kesetiaan itu mahal harganya, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit ataupun kepercayaan yang kukuh. Kesetiaan ini hanya boleh dilakukan apabila ada kemahuan dan pendirian oleh seseorang. Sebab itulah tidak semua orang mampu setia dengan pasangan mereka.

Setia dan curang ini adalah pilihan yang boleh anda lakukan dalam hidup serta hubungan anda. Jadinya, jika seseorang tidak setia dan berlaku curang adakah itu salah pasangannya?

Biasanya orang yang sanggup mempunyai komitmen sahaja yang boleh setia bersama pasangannya, kerana dia sedar bahawa pasangannya adalah orang yang paling bagus untuknya. Walaupun diluar sana banyak yang lebih rupawan dan lebih elok tetapi dia tetap memilih untuk menjaga hati pasangannya.


Pasangan tidak setia disebabkan dia tak bahagia atau dia memang tak setia?

Kadang kala alasan tidak bahagia itu membuatkan seseorang itu berlaku curang kepada pasangannya. Ini kerana, dia kurang rasa diperhatikan, kasih sayang serta tempat bermanja sehingga dirinya memerlukan orang lain untuk memberinya semua itu.



Akan tetapi, jika anda sudah merasakan tidak bahagia dengan hubungan yang ada, anda seharusnya berbincang dengan pasangan anda bukannya membuat keputusan sendiri dengan berlaku curang. Berbincang dan cuba selesaikan masalah kalian sebaiknya adalah satu pilihan yang betul.

Masalah tidak akan selesai dan semakin bertambah jika anda tidak cuba selesaikan masalah yang ada dipermulaannyaa. Walaupun anda merasakan anda bahagia dengan yang baru ini, tetapi masalah dengan yang lama tetap sahaja perlu diselesaikan. Lainlah kalau anda berpisah dengan yang lama.



Jangan melukakan hati orang yang menyayangi anda hanya kerana alasan curang yang tidak boleh diterima.

Curang itu sangat menyakitkan malah lukakan tidak boleh hilang walaupun perpisahan yang berlaku. Jangan gunakan alasan bahawa anda tidak bahagia, si dia banyak membantu anda ataupun kerana pasangan yang sudah berubah, itu segalanya hanya alasan untuk menutupi segala kesalahan anda.

Biasanya kecurangan ini berlaku hanya kerana dia mempunyai niat untuk memiliki orang lain selain dari pasangannya. Yang berlaku curang ini sememangnya mudah tergoda dan mudah jatuh cinta dengan oang lain.

Jadilah orang yang setia dan tidak menyakiti hati pasangan, ini kerana kecurangan itu sakit untuk dihadapi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,165 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen