"Tak Perlu Mencari Yang Sempurna... Kehadiran Dirimu Pun Cukup Menyempurnakan Diriku..."

 

Dalam mencari pasangan hidup ini sudah tentu kita hanya tumpukan apa yang ada pada pasangan kita. Kalau boleh apa yang kita mahukan dan harapkan itu akan ada padanya. Bahkan, itulah perkara yang pertama kita akan fokus dulu, yang lain-lain boleh letak tepi.

Bila mana pasangan kita ada segala yang kita mahukan, secara tidak langsung kita menganggap dia adalah pasangan yang sempurna buat anda. Namun begitu, kesempurnaan ini bukan hanya perlu datang dari dirinya sahaja tetapi ia juga perlu datang dari pihak anda.

Jika anda memandang sesuatu terhadap pasangan anda, maka pasangan anda juga akan memandang sesuatu dari anda. Jika anda melihat rupa paras, maka dia akan memandang pangkat anda pula. Orang kata give and take. Barulah dia merasakan anda sempurna dan anda merasakan dia sempurna.


Sebenarnya, dalam mencari jodoh ini kesempurnaan itu jatuh ke tempat yang kedua. Seseorang yang sempurna pada mata anda itu bukanlah satu perkara yang penting, tetapi lebih penting kalau hadirnya dia menyempurnakan hidup anda.

Bagaimana seseorang itu menyempurnakan anda?



Walaupun dari luaran dia kelihatan biasa-biasa tetapi dalamnya penuh dengan pelbagai makna buat diri anda.

• Hadirnya dia itu mendekatkan diri anda dengan Allah.
• Hadirnya dia meringankan segala beban di hati
• Hadirnya dia merubah anda menjadi seorang yang lebih baik.
• Hadirnya dia membantu anda menutup aurat dengan lebih sempurna.
• Hadirnya dia menjadi anda lebih bersemangat dalam mencari rezeki.

Bila anda merasakan semua ini darinya, maka dari situlah kesempurnaan yang akan anda rasakan. Anda merasakan bahawa dirinya hadir itu lebih membawa kebaikan buat diri anda malah lebih menyempurnakan anda sebagai seorang muslim.



Akan tetapi, jika anda hanya memandang luaran sahaja, sudah tentu anda tidak tahu bagaimana dengan dalamnya. Jika anda hanya memnadang kesempurnaan dari luar sahaja, tentu anda juga akan sempurna luaran tapi dalaman anda kosong.

Pasangan yang baik itu, hadirnya mampu menyempurnakan hidup anda. Jika dia mampu menyempurnakan luar dan dalaman, itu adalah bonus buat anda. Akan tetapi, jika dia menyempurnakan dalaman sahaja maka setialah bersamanya, tentu anda akan bahagia di dunia dan akhirat.

Sempurna itu bukan kita hanya lihat pada dia, tetapi kehadiran dia juga menyempurnakan diri anda.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,570 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen