Menguap Bukan Kerana Mengantuk, Ini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Menguap.

 

Apa yang kita tahu bila menguap itu tandanya kita berasa mengantuk dan perlukan tidur. Tidak salah akan perkara ini, tetapi rupanya menguap ini bukan sekadar tanda bahawa badan kita perlukan tidur tetapi ada perkara lain yang kita tak tahu.

Tubuh mempunyai cara sendiri untuk mengimbangi keadaan dalam dirinya sendiri, dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa sebab mengapa kita sering menguap.

Patutlah kadang kala dah menguap teruk tetapi bila cuba lelapkan mata, tak boleh tidur juga.


Satu kajian 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior mengkaji 120 orang dan mendapati bahawa menguap secara amnya berlaku kerap apabila suhu panas dan apabila otak digunakan untuk kerja berpanjangan. Tetapi spesifikasi juga boleh berlaku kerana ketiga-tiga syarat tersebut.

1. Penat

Otak terlalu banyak berkerja hingga membuatkan anda memerlukan rehat sebentar. Tetapi sebagai cara alternatif terpantas tubuh akan membuat kita menguap, memberi nafas panjang dan meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak dan menurunkan suhu otak yang panas.



2. Bosan

Apabila berurusan dengan kebosanan, tubuh akan mudah mengantuk kerana suhu otak berkurang, dan apabila ini berlaku, otak secara semulajadi "mengingatkan" kita untuk tidak tidur, terutama pada siang hari.

3. Menguap itu berjangkit.

Pernah sedar bahawa menguap ini berjangkit? Betul, apabila kita berada dalam persekitaran dengan orang yang menguap. Sebagai tindak balas, kita juga akan menguap kerana otak menganggap kita perlu disegarkan semula.

Jadi, ini bukan sekadar tanda rasa mengantuk , ternyata itulah sebabnya mengapa kita menguap sesekali dalam sehari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,450 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen