Buat Suami Selalu Merindui Anda... Bakal Isteri Kena Tahu Trick Ini, Barulah Suami Makin Sayang.

 

Waktu bercinta sememangnya selalu sangat rindu-rinduan, sampaikan ada yang menangsi kerana terlalu rindukan si kekasih hati. Namun, selepas berkahwin mungkin akan berbeza. Mana tidaknya, sudah tidak tinggal berasingan malah hari-hari mengadap muka yang sama sahaja.

Rasa rindu ini boleh menjadi satu tanda cinta anda pada seseorang, malah jika sudah berkahwin saling merindukan ini akan menjadi penguat dalam hubungan. Nak-nak lagi jika kalian ini PJJ dan pasangan terpaksa berjauhan semantara waktu, tentu akan ada perasaan rindu.

Biasanya, suami ini jarang sekali nak ungkapkan rindu atau sayang, nak-nak lagi selepas berkahwin. Jadi, sebagai seorang isteri sudah tentu kena lebih bijak dalam pikat hati suami dan selalu membuat suami terasa rindu pada diri anda.


Ini ada beberapa tips yang boleh anda cuba.

1. Masukkan barang milik anda pada beg suami

Selalunya bila kita melihat sesuatu sudah tentu begitu mudah untuk kita mengingati tuan empunya. Jadi kita boleh tinggalkan sesuatu yang penting macam pin, lipstick, atau sesuatu yang lebih romantik antara kalian berdua. Letak pada bahagian yang mudah untuk dia jumpa, supaya dia terus mengingati anda.



2. Masak sesuatu yang istimewa.

Walaupun tidak mampu lakukan hari-hari, tetapi bila anda lakukan kadang kala itu yang membuatkan perkara ini lebih sweet dan suami mengingati anda. Sebagai contoh, tiba-tiba anda menyediakan bekal buat suami agar di boleh nikmati semasa rehat di pejabat. Sudah tentu perkara ini akan dihargai suami malah akan tersenyum melihat bekalan yang anda sediakan itu. Makanan boleh menjadi medium yang berkesan untuk mencipta dan membangunkan perasaan rindu.

3. Beri kata-kata motivasi atau pujian.

Apabila kita memuji suami dan memberi kata-kata motivasi, itu tandanya anda sedang menghargai dirinya. Malah, ia juga sebagai tanda sokongan anda kepada dirinya. Apabila berjauhan, jangan lupa untuk beri kata-kata positif kepada pasangan. Akan tetapi jangan terlalu berlebihan pula, takut mengganggu dirinya. Hantar yang ringkas tetapi manis dibaca.



4. Sediakan kejutan

Katakan bahawa ada kejutan buat dirinya, sudah tentu membuat dirinya tertanya-tanya secara tidak langsung akan mengingati anda dan merindui anda. Kalau kalian tinggal secara PJJ, jangan terkejut kalau dengan cara ini membuat dirinya tersenyum bahagia sepanjang hari. Ini kerana, kejutan ini akan selalu membuat pasangan rasa tidak sabar untuk berjumpa anda.

Terdapat banyak cara nak bangkitkan rasa rindu ini. Perasaan rindu perlu dikekalkan walaupun dipupuk untuk mengekalkan keharmonian dan hubungan cinta.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,392 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen