6 Sebab Anda Perlu Berhenti Kejar Cinta Yang Ditolak, Terima Kenyataan & Mula Kejar Yang Lain.

 

Sesiapa pun sudah tentu ingin cuba dapatkan orang yang mereka suka dan cintai. Walaupun ditolak berkali-kali, itu sudah tentu tidak mematahkan usaha anda untuk cuba berkali-kali juga. Rasa sakit dan kecewa ini tidak menjadi penghalang buat diri anda untuk cuba nasib lagi dan lagi.

Banyak perkara yang anda lakukan untuknya, beri hadiah setiap kali ulang tahunnya, sentiasa ada di sisi ketika dia memerlukan sokongan malah pelbagai perkara menunjukkan kesetiaan anda. Namun, itu semua tidak dilihat malah menganggap anda cukup sekadar rakan sahaja.

Mungkin ada yang rasa perkara ini romantik, mana tidaknya berjuang memiliki seseorang walaupun telah ditolak berulang kali. Eh, macam drama romantik pula.


Tapi rasanya sudah tiba untuk anda menyayangi diri anda sendiri dan berhenti mengejar mereka yang tidak sudi. Ada beberapa sebab untuk anda berhenti lakukan itu.

1. Berhenti berharap orang yang reject anda itu akan terima anda selepas lihat kegigihan anda.

Hati orang ini tidak boleh dipaksa, bila dia kata tidak mahu diri anda berulang kali maka dia tidak mahukan diri anda. Jangan berharap bahawanya segalanya akan berubah dan dia akan mengejar serta menghargai anda semula. Ini bukan drama, ini realiti maka cepat sikit sedar dari mimpi anda itu.



2. Dalam romantik tapi ada seramnya.

Kalau dalam drama memang nampak macam romantik dan begitu sweet sekali tapi kalau secara realiti anda nampak macam psiko yang sangat menginginkan dirinya. Sudah tentu perkara ini akan membuatkan dirinya rasa tidak selesa lalu menjadi semakin dingin dengan anda. Macam mana anda nak dapatkan hatinya kalau dia pun takut dengan anda.

3. Anda pun ada harga diri.

Dari anda terlalu menghargai orang adalah lebih baik kalau anda menghargai diri anda semula. Bagaimana anda nak menyayangi orang lain kalau anda sendiri tidak mempu nak menyayangi diri anda. Jadi hargai dan sayangi diri anda, barulah perkara yang lain akan datang kepada anda.



4. Cinta memang perlu perjuangan tapi hargai juga keputusan orang lain.

Hanya anda sahaja yang berjuang juga tidak membuahkan hasil. Cinta ini bukan datang hanya sebelah pihak sahaja, tetapi datang dari kedua pihak. Maka dengan itu, berjuang cinta anda apabila sudah mendapat balasannya bukan hanya anda sahaja yang beria-ria berjuang semua perkara.

5. Hanya buang masa sahaja, sedangkan ada yang lain.

Cuba anda buka mata anda, selain mengejar orang yang belum tentu inginkan anda, ada ramai lagi orang yang mahu mendekati anda. Cuba terima dan jangan buang masa dekat mereka yang tak nak. Lebih baik memilih pada mereka yang sudi mahukan diri anda.

Perlu diingatkan bahawa hati ini tidak boleh dipaksa. Sebaik mana pun anda tetapi bila dia tidak mahu maka anda bukanlah pilihannya. Banyakkan berdoa semoga anda jodoh dengannya, itu sahaja yang mampu anda lakukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen