'Bad Boy' Selalu Menjadi Pilihan Wanita Untuk Bercinta Tapi Bila Nak Kahwin 'Good Boy' Tetap Menjadi Pilihan Utama.

 

“Awak terlalu baik untuk saya...”

“Saya pilih dia sebab dia tahu ambil hati saya...”

“Awak ni boring betul...”

Dalam hubungan cinta, lelaki yang baik tidak menjadi pilihan wanita tetapi mereka lebih memilih bad boy berbanding diri anda. Namun, bila ingin mendirikan rumahtangga mereka akan memilih anda sebagai pasangan hidup mereka kerana tahu anda boleh membimbing mereka dengan baik.

Mungkin anda akan tertanya-tanya mengapa lelaki yang baik ini bukan pilihan semasa bercinta. Adakah bad boy sangat bagus dalam bercinta, ini yang perlu anda tahu akan perbezaanya.

Mengapa orang perempuan memilih lelaki seperti itu bukan baik seperti anda? Mudah sahaja.


Tahu ambil hati perempuan.

Lelaki seperti itu sangat tahu ambil hati perempuan dengan baik. Mereka tahu memikat mereka dengan kata-kata dan juga perbuatan. Berlainan pula dengan lelaki yang baik, kalian lebih berjaga-jaga dalam berkata-kata kerana bimbang tidak mampu dilakukan. Malah lebih berkata jujur akan sesuatu membuatkan wanita tidak senang dengan anda.



Mahir pujuk rayu

Orang perempuan sukakan pujuk dan rayu seorang lelaki. Bagi mereka, lelaki sebegitu sangat menyayangi dirinya. Berlainan pula dengan lelaki baik, mereka akan bimbing dan tegur yang mana salah dan yang mana tidak. Sebab itulah wanita lebih berbunga-bunga dengan bad boy.

Lebih popular

Rasa rata-rata bad boy ini boleh dikatakan agak popular sama ada di sekolah, universiti, ataupun di tempat kerja. Mana tidaknya peranan mereka dalam memikat hati wanita ini sememangnya tidak boleh dilawan lagi, sebab itu mereka ini sentiasa mendapat tarikan utama dari kaum wanita.



Masih belum matang

Sebenarnya, wanita yang sukakan lelaki seperti ini masih belum begitu matang. Mereka lebih memikirkan keseronokkan berbanding memikirkan hubungan yang serius. Sebab itu dia memilih lelaki yang mampu memberinya keseronokkan berbanding dengan lelaki yang mampu membawa ke arah kebaikan.

Kenapa pilih lelaki yang baik untuk dikahwini?

Sudah tentulah lelaki yang baik ini seorang yang bertanggungjawab, tahu menjaga hatinya, serta bersedia untuk berkahwin. Malah, lelaki yang baik lebih sesuai untuk dijadikan contoh yang baik buat anak-anak kelak.

Jangan bimbang, walaupun anda direject pada ketika ini, tentu sahaja seseorang akan menerima anda suatu hari nanti.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,403 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen