Ini Sebab Orang Perempuan Lebih Memilih Lelaki Tidak Merokok Sebagai Pasangan. Nak Jadi Idaman Wanita Kenalah Berhenti Merokok.

 

Pasti ramai lelaki tertanya-tanya mengapa ramai wanita tidak mengemari jika lelaki mengisap rokok. Biasanya kalau lelaki isap rokok ini, wanita akan terasa ragu-ragu untuk memilihnya sebagai pasangan hidup, kenapa ya?

Walaupun merokok ini bukanlah satu perkara yang pelik lagi, malah aktiviti ini sememangnya dilakukan oleh merata-rata lelaki tapi mengapa agak sukar diterima dikalangan wanita melainkan wanita yang juga turut merokok. Lelaki berpendapat bahawa merokok ini kelihatan sangat cool serta agak macho tetapi tidak bagi orang perempuan.


Tidak semua wanita membantah pasangan mereka merokok, tetapi ada juga yang sememangnya tidak mendekati lelaki yang merokok. Tentu ramai diantara anda tertanya-tanya mengapa wanita lebih memilih pasangan yang tidak merokok. Ini sebabnya yang perlu anda tahu.

1. Walaupun lelaki yang tidak merokok ini tidak cool atau macho tetapi mereka ini lebih menghargai kesihatan tubuh badan mereka.

Jika dilihat, walaupun tidak merokok kadang kala mereka ini juga terdedah dengan asap rokok. Mana tidaknya bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Namun begitu, mereka ini lebih mengekalkan kesihatan mereka kerana mereka tahu dalam kandungan rokok ada bahan yang berbahaya hingga mengancam nyawanya sendiri bila-bila masa.

Mereka ini boleh dikatakan lebih prihatin terhadap kesihatan dirinya malah ingin menjaga kesihatan mereka dengan baik.




2. Biasanya lelaki perokok ini bersih kerana bebas dari asap rokok.

Ramai yang tidak perasaan sebenarnya bahawa lelaki yang tidak merokok ini lebih bersih berbanding yang mengisap rokok. Mana tidaknya, dia dapat menjaga bau badan, gigi, bibir serta tangannya sendiri. Selalu bukan kalau dekat dengan mereka yang merokok ini badan mereka akan berbau rokok malah bibir mereka sedikit kehitaman serta gigi mereka kekuningan. Berlainan dengan mereka yang tidak merokok ni.

3. Duit boleh buat kahwin kenapa nak membazir.

Bukan satu perkara yang disembunyikan lagi bahawa mereka yang bukan kaki rokok ini adalah seorang yang tidak membazir. Mana tidaknya, kalau isap rokok ini diibaratkan dengan membakar duit. Bukan itu sahaja, harga untuk sekotak rokok bukannya murah malah ada yang berharga sampai berbelas ringgit. Cuba bayangkan kalau simpan wang tersebut, tentu mampu pinang anak gadis orang.



4. Lelaki tidak merokok ini lebih tahu menghormati orang lain serta tidak bahayakan orang lain.

Selalunya kita akan lihat mereka yang merokok ini akan main hebus sahaja asap rokok mereka ikut suka mereka. Walaupun ada orang yang tidak dikenali duduk disebelahnya sekalipun dia tetap akan menghembuskan asapnya itu. Aduh, bukan hanya dia sahaja dapat penyakit, yang duduk disebelahnya juga boleh dapat penyakit yang sama. Berbeza bukan dengan mereka yang tidak merokok yang tidak ada asap untuk dilepaskan.

Jadi buat lelaki di luar sana, jangan marah kalau seorang wanita reject anda hanya kerana anda mengisap rokok, sedangkan sikap anda begitu baik. Ini kerana, dengan merokok juga boleh jelaskan sikap anda yang lain. Tak rugi pun anda berhenti merokok.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,332 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen