Tak salah Nak Uji Kesetiaan Pasangan, Tapi Jangan Berlebihan. Takut-Takut Dia Tawar Hati Lalu Tinggalkan Anda.

 

Sesekali tentu sahaja akan terdetik pada hati anda, “adakah dia setia?”. Sudah tentu perkara ini akan terlintas difikiran anda walaupun hanya sebentar atau anda telah lama dalam hubungan yang terbina itu. Mana tidaknya kecurangan ini bukannya satu perkara yang boleh diterima oleh semua pihak.

Adakah dia masih mengingati bekas kekasihnya?

Adakah dia mempunyai hubungan dengan orang lain?

Adakah dia bermain mata dengan rakan sepejabatnya?

Tentu sahaja tidak mudah untuk diketahui jika tidak menguji kesetiaan mereka ini. Selalunya orang perempuan sahaja yang suka main uji-uji kesetiaan pasangan, tapi orang lelaki pun apa kurangnya.

Tapi kadang kala kesetiaan yang teruji ini boleh mendatangkan satu perkara yang memudaratkan hubungan. Nak-nak kalau diuji dengan cara yang tidak sepatutnya dan menyakitkan hati, tentu sahaja anda membangkitkan apa yang tidak sepatutnya.


Jadi ini beberapa perkara yang tidak harus anda lakukan terhadap pasangan anda, walaupun sekadar ingin menguji kesetiaan dirinya.

1. Buka telefon bimbit tanpa meminta izinnya.

Paling selalu dilakukan kerana bimbang kalau beritahu dahulu segala maklumat akan dipadamnya. Akan tetapi jika anda melakukan perkara ini, itu sama sahaja anda masuk ke ruang peribadi miliknya. Dengan kata lain anda tidak menghormati dirinya lalu membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri anda. Dalam telefon bimbit ada macam-macam hal yang kadang kala tidak mahu dikongsi.



2. Bercakap pasal bekas kekasihnya, hanya kerana ingin tahu.

Bila dia telah memilih anda sebagai pasangan hidupnya, maka dia telah melupakan segala kenangan bersama bekas kekasihnya. Melainkan kalau dirinya yang membuka cerita mengenai bekas kekasihnya terlebih dahulu. Kalau anda melakukan ini semata-mata ingin tahu perasaan dirinya terhadap bekas kekasihnya, anda hanya membuatkan dirinya rimas dengan anda kerana masih belum move on akan kisah lalu.

3. Jadi stalker kekasih sendiri.

Kerana tidak mempercayai dirinya, anda telah diam-diam mengikuti setiap aktiviti yang dia lakukan. Bukan itu sahaja, anda juga meminta bantuan rakan-rakannya untuk memberi segala laporan dan aktiviti pasangan anda. Kalau pasangan anda tahu tentu sahaja dia akan sakit hati kerana anda tidak mempercayai dirinya.



4. Malas layan dirinya.

Mungkin anda nak uji kesabaran yang dia miliki terhadap diri anda. Akan tetapi perkara ini sebenarnya tak seronok kalau dibuat main. Mana tahu kalau pasangan anda itu mempunyai hal kecemasan tentu anda sendiri yang akan menyesal. Bahkan kalau dia tahu pun anda sengaja lakukan ini tentu dia akan rasa begitu kecewa terhadap anda.

5. Pura-pura curang

Melihat anda senyum terhadap orang lain pun rasanya sudah nak marah, ini akan pula anda lakukan perbuatan curang ini. Walaupun sekadar pura-pura, tak mustahil pasangan anda boleh hilang kepercayaan terhadap anda lalu mengambil keputusan dalam keadaan yang marah.

Banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan untuk menguji kesetiaan seseorang. Akan tetapi perlu diingatkan juga, sambil nak uji itu ingat juga untuk mengaja hati perasaannya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,483 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen