Rupanya Inilah Sebab Apa Yang Kita Minta Kepada Allah Tak Pernah Dapat.

 

Rasa kecewa juga bila apa yang kita mahukan dan harapkan tidak diberi dan diterima olehnya. Mana tidaknya, semua orang sudah tentu mahu apa yang dihajati dan diharapkan akan tercapai, tapi kalau sebaliknya berlaku tentu rasa sedikit kecewa dan sedih.

Sebagai manusia, kita selalunya tahu apa yang kita mahukan, akan tetapi sebagai seorang hamba, belum tentu apa yang kita mahukan itu akan kita perolehi.

Tentu ada sebab mengapa kita tak dapat atau lambat apa yang kita mahukan. Semua perkara yang berlaku sudah tentu mempunyai sebab yang lebih baik dari yang kita sangkakan.



Berdasarkan petikan kata-kata Ustazah Asma Harun, Sebab apa selalu kita minta pada Allah kita tak dapat malah tidak diberi oleh Allah. Ini kerana, kita sebagai seorang hamba ini kurang rasa syukur terhadap segala pemberiannya. Lebih banyak merunggut dan tidak fokus terhadap perkara yang lain.


Bila kita menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur, tidak kiralah dapat sikit atau banyak sesuatu perkara, bila sebut “Alhamdulillah” pasti Allah akan tambah.

“Bila kamu bersyukur pasti Aku akan tambah.”

Syukur dalam apa yang diberi tidak kiralah ia sikit atau banyak sudah tentu menandakan bahawa anda ini seorang hamba yang tahu bersyukur.

Namun begitu, bila mana Allah tidak berikan apa yang anda mahukan dan inginkan, sudah tentu ada sebab yang lebih baik yang mana Dia lebih mengetahuinya. Dimana boleh jadi Dia telah menyediakan yang lebih baik buat diri kita ini.

Bila kita berhajat nak kahwin pada usia 25 tahun, tetapi ada halangan seperti tak ada calon, tiba-tiba putus tunang dan pelbagai lagi. Tentu ada sebab semua ini berlaku, boleh jadi Dia nak datangkan seseorang yang betul-betul buat diri kita.



Maka dengan itu, jangan merintih, jangan mengeluh atau kecewa dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita. Jika masa ini anda masih bujang lagi, jangan kecewa bila jodoh masih tak sampai tetapi bersyukur kerana ada masa buat ibu bapa, dapat menikmati keindah alam dan pelbagai lagi.

Bila mana Allah berikan anda rezeki untuk berkahwin awal dan diuji, jangan juga mengeluh atau merintih. Ini kerana, tentu banyak hikmah yang anda akan dapat dari perkara yang terjadi. Boleh jadi, ia menghapuskan dosa, tingkatkan keimanan, dan pelbagai lagi.

Jangan cepat memandang buruk terhadap apa yang Allah telah berikan kepada kita. Akan tetapi katalah Alhamdulillah dan bersyukurlah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,403 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen