Oh, Ada Beza Rupanya Hantaran Serba Satu Dengan Serba Berdiri Ni. Haa... Bakal Pengantin Kena Ambil Tahu Perkara Ini.

 

Kalau tengok dekat majlis-majlis perkahwinan tentu akan ada barang hantaran yang tersusun rapi, dari pihak perempuan mahupun pihak lelaki. Yang biasa kita lihat, pihak perempuan tentu akan memberikan lebih satu dulang kepada pihak lelaki.

Jika selalunya kita sibuk nak letak apa di dulang hantaran itu ataupun nak letak barang mahal atau sebaliknya, kali ini mari kita ambil tahu pula pasal hantaran serba satu dengan serba berdiri pula. Ada beza ye, bukan keduanya sama tetapi berlainan panggilan.

Disini, kami jelaskan maksud hantaran serba berdiri dan serba satu. Supaya nanti anda tidaklah konpius dengan terma-terma ni.


1. Hantaran serba berdiri

Bermaksud hantaran yang disertai dengan set barangan kemas (emas) dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Antara barang kemas yang perlu ada ialah Anting-anting, rantai, gelang tangan, cincin dan juga gelang kaki.



Jika pihak perempuan meminta hantaran serba berdiri ni, memang semput juga pihak lelaki nak sediakan. Maklumlah, harga satu gram emas sekarang pun sudah mencecah RM198. Kalau serba berdiri, alamatnya perlu ada lebih kurang RM 30, 000 untuk memenuhi permintaan perempuan.

Tapi jika anda mampu, apa salahnya sebagai tanda penghargaan kepada isteri yang dinikahi.

2. Hantaran serba satu

Bermaksud hantaran yang ringkas bagi kelengkapan diri sahaja. Antaranya ialah telekung, wangian, pakaian, selendang dan sebagainya.



Namun, ramai pasangan yang memilih hantaran serba satu kerana ianya sesuai dengan kemampuan kedua belah pihak dan lengkap untuk kegunaan diri sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen