Usia 25 Hingga 33 Tahun Adalah Waktu Tepat Mendirikan Rumahtangga. Jangan Nak Tunggu Lama-Lama Lagi.

 

Masih tidak tahu lagi waktu yang tepat untuk berkahwin. Ada yang menyarakan agar berkahwin awal kerana dapat mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya, tapi ada juga yang menggalakkan untuk berkahwin agak lambat kerana beri peluang untuk berseronok dahulu. Tapi yang paling penting adalah, jodoh akan datang pada waktu yang tepat.

Jadi macam mana?

Kajian ini dijalankan oleh Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, dan diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Menurut kajian, mereka yang telah berkahwin antara umur 25 dan 32 tahun paling sedikit bercerai.



Wolfinger menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010, dan data dari Kajian Kebangsaan Pertumbuhan Keluarga 2011-2013. Beliau menemui “bell curve” terbalik.

“Kemungkinan perceraian berkurangan apabila anda berusia dari remaja hingga dua puluhan dan awal tiga puluhan,” tulisnya.


“Selepas itu, peluang kadar perceraian meningkat lagi, apabila anda memasuki usia lewat tiga puluhan dan awal empat puluhan.”

Bagi setiap tahun selepas umur 32 tahun, kemungkinan perceraian meningkat sekitar 5%. Ini bermakna anda mempunyai keluarga sesuai pada usia yang tidak terlalu muda, tetapi juga tidak terlalu tua.

Namun begitu, ramai mengatakan umur paling sesuai untuk berkahwin adalah sekitar 25 tahun hingga 32 tahun.

Namun begitu, ada beberapa sebab menyatakan bahawa pada usia ini adalah usia yang sangat sesuai untuk menjalani hidup berumahtangga.



1. Anda lebih matang

Saat sudah mencecah 25 tahun ke atas, kalian akan lebih matang dalam berdepan apa jua masalah yang akan datang. Setiap keputusan yang akan diambil sudah tentu lebih rasional dan bukannya mengikut perasaan diri anda sahaja. Anda juga dikatakn sudah tahu erti tanggungjawab dan bersedia untuk perkara itu.

2. Waktu subur

Kajian perubatan mengatakan waktu usia 25 tahun adalah waktu paling ideal bagi tahap kesuburan seorang manusia. Maka berkahwinlah dalam jangka usia ini untuk melahirkan zuriat yang sihat.



3. Rasa ingin berteman

Apabila semakin meningkat dewasa, ramai orang akan mula tinggalkan diri anda. Jika dulu anda dikeliling oleh rakan-rakan, kini mereka mula tinggalkan anda satu persatu. Maka dengan itu, anda perlukan teman untuk menceriakan hidup anda sekaligus menjadi rakan yang baik buat diri anda.

4. Elak dosa

Perkahwinan di usia muda sekaligus dapat mengelak kita dari leka membuat dosa yang menjurus kepada maksiat atau kelalaian hidup. Apabila telah berumah tangga, fokus utama adalah tanggung jawab dan membentuk nilai kekeluargaan. Nak sentuh pasangan pun dah tak takut dosa sebab dah halal.

Tidak kisahlah pada usia berapa pun jodoh anda akan tiba, yang penting jodoh akan datang pada saat yang tepat. Ini kerana, Allah adalah sebaik perancang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,390 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen