Pertunangan Bukan Lesen Untuk Anda Lakukan Semua Perkara, Ini Adab Pertunangan Yang Setiap Orang Perlu Tahu.

 

Setiap pasangan yang belum diijabkabulkan sudah tentu akan melalui fasa pertunangan. Bagi mereka yang mampu, ikatan tali pertunangan yang besar-besaran akan dilaksanakan, tapi ada juga yang memilih untuk bersederhana ataupun terus untuk berkahwin dan menjadi suami isteri. Itu semua pilihan masing-masing.

Tapi fasa ini dikatakan ingin mengenali pasangan dengan lebih dekat, serta mendekati keluarga pasangan. Walaupun pertunangan ini dikatakan tidak jauh mana seperti bercinta, tapi ramai yang tidak mampu teruskan hubungan ini kerana ujian dan cabarannya lebih hebat.


Pertunangan ini bukan seperti perkahwinan, dimana anda sudah pasti dia itu jodoh yang anda cari. Akan tetapi, pertunangan ini adalah satu ikatan untuk anda kenali pasangan anda dengan lebih dekat serta keluaganya. Bukan itu sahaja, bertunang ini belum tentu lagi anda akan berkahwin dengan dirinya.

Bertunang juga mempunyai adab-adab yang perlu dipatuhi dan diikuti. Jom sama-sama kita ambil tahu.

1. Pertunangan ini bukan lesen untuk keluar berdua.

Ramai pasangan yang mengambil kesempatan pada ketika ini sebagai lesen untuk keluar berdua, untuk tidak menjaga batas-batas pergaulan. Anda perlu ingat bahawa pertunangan ini bukan seperti perkahwinan yang sememangnya sudah sah. Pertunangan ini hanya satu ikatan sahaja, tetapi kalian masih perlu kekal menjaga batas pergaulan dengan sebaiknya.



2. Pertunangan tidak perlu yang mewah.

Terlalu mengejar trend sehingga waktu majlis bertunangan pun ramai yang sudah membazir dan lakukan pinjaman. Sedangkan, ia lebih baik kalau saudara mara dan orang sekeliling sahaja yang tahu akan pertunangan kalian. Barulah, kalau putus kerana tidak sefahaman tidak malu dan tidak menjatuhkan maruah antara satu sama lain.

3. Bukan sengaja lengahkan pernikahan.

Apabila sudah terikatnya tali pertunangan, maka anda dan pasangan perlu segera membuat perancangan untuk pernikahan. Jangan sengaja lengahkan masa dan melambatkan pernikahan kalian berdua. Ini kerana, semakin lama anda bertunangan semakin banyak cabaran dan ujian yang perlu anda tempuhi. Itu belum lagi banyak kata-kata orang yang tak sedapkan hati anda sendiri.



4. Jangan lupa untuk lakukan solat istikharah

Walaupun anda telah yakin bahawa dia itu yang terbaik buat diri anda, tetapi jangan lupa untuk meminta pertunjuk daripada Allah. Ini kerana, perbuatan ini akan lebih menjamin kebahagiaan anda. Bukan itu sahaja, ia juga akan diberkati Allah sekaligus membuatkan anda memilih pasangan hidup yang betul.

Mungkin akan ada yang skip pertunangan kerana bimbang akan ujian yang bakal dihadapi. Akan tetapi, jika anda sudah bersedia dan ingin segerakan pernikahan, itu adalah paling elok sebenarnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,383 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen