Masa Bercinta Bukan Main Sweet & Romantik, Kenapa Selepas Kahwin Hilang Semua Kepakaran Tu.

 

Masa bercinta sememangnya sangat seronok dan tak akan mampu dilupakan sampai ke hari tua. Nak-nak lagi jika pasangan yang anda bercinta sakan itu kini telah menjadi suami atau isteri, sudah tentu lebih bahagia dan gembira. Bukan mudah nak kekalkan hubungan, tapi pada masa yang sama bukan susah nak pertahankan kalau sama-sama beri kerjasama yang baik.

Seperti yang kita semua tahu, saat bercinta ini dia punya sweet dan romantik itu memang lain macam. Ada yang kalah dengan pasangan yang dah berkahwin bertahun-tahun. Bermula dengan panggilan, saat dating bahkan layanan pun berbeza. Pehhh, patutlah becinta ini bukan main syok.

Eh... tapi selepas kahwin semuanya dah berubah. Tak ada dah layanan yang baik, panggilan yang manja bahkan nak dating pun dah payah. Aduh... kenapa boleh jadi macam ini, tentu ada sebabnya.


Tapi orang selalu kata berkahwin dan bercinta ini tak sama. Jom kita tengok kenapa ada perubahan.

1. Dulu nak pikat hati, kini dah dapat.

Masa bercinta sudah tentu nak tunjuk usaha sikit nak dapatkan seseorang. Itu yang menjadikan kalian berdua sanggup melakukan apa sahaja, malah segala skill pun nak dikeluarkan pada masa itu juga. Mana tidaknya, hati dah berkenan malah dirinya sahaja yang berjaya mendapat perhatian dari anda, itu yang sweet tak ingat dunia.



2. Dulu selalu rindu, kini dah depan mata.

Bila berjauhan dan selalu saling rindu ini, maka nanti bila jumpa segala kemanisan dan sikap romantik akan ditunjukkan. Mana tidaknya, takut pasangan lari dan jumpa yang lebih baik. Tapi sekarang ini dah depan mata selalu, jadinya nak tunjuk sikap romantik macam dah tak kena sebab dah tak menanggung rindu yang amat sangat.

3. Dulu mak ayah tanggung, kini pasangan tanggung.

Dulu masa bercinta, semua mak ayah tanggung. Jadi fikiran tak terbeban dengan pelbagai pekara, kalau tak mak ayah tanggung pun hanya fikirkan diri sendiri sahaja. Akan tetapi selepas kahwin masing-masing ada peranan masing-masing, malah banyak perkara yang difikirkan. Itu yang makin malas nak romantik dan sweet sebab ada benda lain lagi penting.

4. Dulu tak ada anak, kini ada anak.

Masa baru-baru kahwin pun masih sweet seperti bercinta dulu, tapi bila dah ada anak dua atau tiga memang tak sempat nak romantik dan bersweet ini. Mana tidaknya, anak akan selalu kacau daun malah kadang kala anak menjadi punca kalian berdua bermasam muka. Masing-masing lebih sayangkan anak dah.



5. Dulu selalu ada masa, kini kena kerja lebih.

Kalau dulu hanya fikirkan diri sendiri sahaja, kini banyak mulut nak kena suap. Jadinya yang lelaki akan selalu cari kerja lebih untuk tambah pendapatan, yang isteri pula akan sibuk uruskan pelbagai perkara di rumah. Itu yang membuatkan mereka penat dan akhirnya tiada masa untuk bersama.

Tapi sebenarnya, itu bukan alasan untuk anda tidak melakukan perkara sweet dan romantik terhadap pasangan anda. Ada banyak cara lain lagi untuk anda luangkan masa bersama. Apa-apa pun, tanggungjawab dalam hubungan lebih penting berbanding sweet dan romantik ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen