Misi Mencari Cinta Tahun 2020, Dari Seorang 'Rakan' Kepada Kekasih.

 

Mempunyai rakan atau kenalan yang berlainan jantina bukanlah satu perkara yang asing lagi pada ketika ini. Ada juga yang mempunyai rakan baik yang berlainan jantina kerana rasa selesa akan sikap individu itu membuatkan mereka mampu berkawan lama. Boleh dikatakan, segala rahsia sudah tentu akan dikongsi bersama.

Tapi ada juga yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap rakan baik itu sendiri. Tak mustahil perkara ini berlaku apabila kalian banyak luangkan masa bersama dan berkongsi pelbagai rahsia bersama. Perasaan yang hadir itu memang sukar nak diakui tetapi pada masa yang sama anda mengharapkan lebih lagi.


Nak luahkan perasaan tentu sahaja malu, takut kena reject ataupun takut dia pula sebaliknya. Ini yang anda perlu buat untuk ubah status rakan menjadi kekasih.

1. Tahu risiko yang bakal anda terima.

Apabila anda cuba mengubah status hubungan dari seorang rakan kepada kekasih, maka anda perlu jelas akan risiko yang perlu anda berdepan dengan perkara tersebut. Yang paling anda perlu tahu adalah keadaan hubungan itu bahkan anda mungkin akan kehilangan dirinya. Ini kalau dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Tapi kalau anda tak bertepuk sebelah tangan, memang menang besarlah anda.



2. Cuba ubah sikap anda kepadanya.

Kalau dulu kasar-kasar dan selalu bergaduh kerana tidak bersepandapat, kali ini cuba ubah sikit sikap anda itu. Akan tetapi jangan ubah terus secara jelas, cuba ubah sikit-sikit agar di dia tak perasan. Jadi seorang yang tahu menjaga hatinya malah selalu beri perhatian kepadanya juga akan membuatkan dia tertarik dengan anda.

3. Tarik perhatian dirinya.

Jika selalu kalian menghabiskan masa bersama, kali ini cuba jadi lain sedikit. Selain anda luangkan masa bersama, cuba untuk beri dia hadiah yang tidak disangka, cuba lakukan sesuatu yang romantik dan gunakan alasan sebagai rakan baik. Cara seperti ini sebenarnya sedang memberitahu dirinya bahawa anda sedang memberi tumpuan kepadanya.



4. Bersedia untuk terima reaksi darinya.

Selepas apa yang anda lakukan, cuba untuk luahkan perasaan anda. Boleh jadi selepas anda melakukan semua perkara itu, hati si dia pun mula terjentik. Boleh jadi dia juga akan mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Jika dia mempunyai perasaan yang sama, bolehlah anda sama-sama berbincang akan hubungan kalian.

Akan tetapi kalau sebaliknya, jangan memaksa dirinya untuk terima anda tetapi beri dia masa untuk fikirkan akan keadaan kalian berdua. Boleh jadi dia takut kehilangan diri anda jika hubungan sebagai kekasih itu tidak kuat sehingga ke jinjang pelamin.

5. Bersabar!

Setiap perbuatan dan tindak balas itu perlu kesabaran dari anda. Jika anda terlalu bertindak ikut perasaan anda tentu sahaja anda akan hilang dirinya. Dengan kesabaran anda mana tahu dia akan membalas cinta anda itu. Menukar status dari seorang rakan kepada kekasih bukanlah satu perkara yang mudah. Bersabar dalam perubahan yang anda lakukan.

Perasaan yang hadir itu sememangnya tidak kenal siapa dan dengan siapa. Akan tetapi, bagaimana cara anda mendapatkan dirinya serta usaha yang ditunjukkan itu adalah akan menjadi punca dirinya berjaya anda miliki ataupun tidak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,507 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen