"Di Dunia Dia Bidadari Suaminya, Di Akhirat Dia Adalah Ketua Badadari Syurga..." Itu Ganjaran Buat Seorang Isteri.

 

Nak jadi seorang isteri yang baik ini bukannya mudah, nak-nak lagi terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dalam rumahtangga. Tak cukup itu, kadang kala suami sendiri pun memberi ujian buat isterinya. Itu yang kadang kala tergugat juga iman dan hati seorang isteri.

Kena bersedia mental dan fizikal apabila diri ini sudah bergelar sebagai isteri orang. Sentiasa perlu menjadi kuat kerana anda adalah tulang belakang suami malah orang yang paling kenal suami anda.

Sebagai seorang isteri, cubalah untuk menjadi isteri yang baik serta solehah buat suami anda. Banyak ganjaran yang akan anda perolehi sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Persoalan yang sering ditimbulkan oleh para isteri mengenai ganjaran syurga dan bidadari di akhirat nanti.


Banyak persoalan daripada kaum wanita terutamanya golongan isteri tentang “Jika suami mereka diganjarkan syurga dan bidadari, maka adakah di syurga kelak mereka tidak akan bersama?”

Ada juga persoalan yang timbul mengenai situasi di dalam syurga antara suami isteri. Menurut jumhur ulama, jika suami dan isteri menjadi penghuni syurga dan diganjarkan bidadari, maka taraf isterinya adalah lebih tinggi, iaitu ketua kepada bidadari syurga tersebut. (Riwayat Imam Al-Qurtubi)



Malah ada beberapa dalil yang menyebutkan bahawa segala permintaan wanita akan dikurniakan dan taraf mereka adalah lebih tinggi berbanding bidadari.

Jika ahli keluarga anda mempunyai amalan yang soleh di dunia ini, maka mereka akan diganjarkan di syurga. Mereka akan berkumpul kelak dengan dikurniakan nikmat yang tidak terhitung di akal.



“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.”
Surah At-Thur (ayat 21)

Suami sebagai ketua keluarga, ajaklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga untuk sama-sama mengerjakan amalan yang soleh dan mentaati perintah Allah SWT supaya keluarga yang anda bina di dunia ini kekal sehingga ke syurga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 504,847 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen