Suka Tengok Cermin Berulang Kali, Hati-Hati... Mungkin Anda Hidap Sindrom Mental.

 

Rasanya ramai yang menganggap bahawa melihat dan menelak wajah di cermin itu adalah perkara biasa. Mana tidaknya, nak juga tengok kalau-kalau ada tahi hidung ke tahi mata ke yang terletak di wajah. Kalau tak ada barulah rasa yakin sikit.

Tapi ada juga yang akan melihat cermin banyak kali, dalam sehari itu berulang kali dia melihat wajah dan dirinya. Eh, macam ada yang tak kena pula.

Mungkin dirinya tak selesa akan penampilannyanya pada hari itu. Boleh jadi juga dia merasakan sesuatu pada wajahnya hingga membuatkan dirinya ingin melihat cermin sentiasa.


Akan tetapi, thukah anda tindakan sering memeriksa diri di cermin merupakan satu sindrom yang dikenali sebagai ‘Body Dsymorphic Disorder’ atau BDD.

BDD boleh menyebabkan seseorang mempunyai perbuatan atau fikiran berulang kali terhadap keadaan fizikal yang dianggap kurang.



Antara gejala BDD adalah:

• Selalu melihat cermin berulang kali
• Berlebih-lebihan dalam berpakaian
• Sering menguntil kulit bertujuan bagi melicinkannya
• Sering membandingkan fizikal diri dengan fizikal orang lain.

Menurut laman rasmi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, jika anda mempunyai mana-mana dari gejala diatas, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari pakar psikiatri di klinik atau hospital berdekatan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 506,184 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen