Datanglah Yang Lagi Cantik Atau Kaya Sekalipun, Kalau Dia Pilih Kau Tetap Kau Jadi Keutamaan.

 

Mencari pasangan yang setia ini bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dianggap remah. Kesetiaan yang terbina itu boleh berubah pada bila-bila masa sahaja, akan tetapi semuanya itu tidak akan terjadi apabila dia betul-betul menyerahkan hati kepada anda.

Ada orang berbelas tahun berkahwin tetapi akhirnya hancur kerana orang kita.

Ada orang bertahun-tahun bercinta tetapi terputus ditengah jalan kerana jumpa yang lebih baik.

Kesetiaan ini bukan satu perkara yang mudah untuk dijaga walaupun sebahagia mana pun hubungan yang kalian bina itu. Mana tidaknya, kalau anda buka sikit ruang untuk kehadiran orang ketiga sudah tentu sedikit sebanyak akan tergugat juga.


Akan tetapi satu perkara yang perlu anda yakin sangat, apabila seseorang itu benar-benar ikhlas dengan anda malah menyerahkan hatinya kepada anda dan juga Allah, datanglah yang lawa mana atau sekaya mana sekalipun, dirinya akan tetapi memilih anda. Ini kerana, apabila anda dan dia tidak membuka ruang akan kehadiran orang ketiga, tahu menghargai dan menjaga hati masing-masing semua ini bukan masalah buat kalian berdua.

Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan demi mempertahankan hubungan agar terus kekal bersama. Bukan hanya anda seorang diri tetapi pasangan juga turut sama-sama berganding bahu melakukan ini semua.



1. Jangan berkawan dengan mereka yang berlainan jantina.

Tidak kiralah anda kenal ke kawan baik anda sekali pun, jangan beri dia dekat dengan pasangan anda. Ini kerana, anda telah membuka satu ruang akan kehadiran orang ketiga dalam hubungan anda. Kadang kala kawan baik ini boleh tikam belakang dan rampas pasangan anda.

2. Sentiasa selalu ada

Jangan terlalu sibuk akan urusan yang lain. Walaupun anda sibuk dengan kejar kerjaya sekali pun jangan lupa untuk luangkan masa bersama pasangan anda. Ini kerana, tanpa kehadiran anda akan membuatkan dirinya terasa kosong dan ingin diisi.

3. Sentiasa berdoa

Hati manusia ini Allah yang pegang, walaupun anda bahagia bersama dririnya, malah dia sentiasa ada untuk diri anda sekali pun, itu belum tentu tidak membuatkan dia berubah hati. Maka dengan itu, sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah jaga hubungan kalian berdua.

Jangan bimbang, walaupun banyak dugaan yang mendatang dalam hubungan anda, akan tetapi si dia masih setia bersama anda itulah namanya dia menjaga hatinya hanya untuk anda. Dia tidak memandang yang lain malah sentiasa tahu bahawa anda yang lebih baik dari yang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,272 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen