Bila Tunggu Jodoh Tak Muncul-Muncul Ini Tentu Ramai Yang Sibukkan Diri, Ini 5 Jenis Gadis Single. Anda Yang Mana?

 

Mempunyai pasangan hidup adalah impian setiap orang yang masih lagi bujang. Mendirikan rumahtangga dan membina satu keluarga yang harmoni ini bukan sahaja satu keinginan tetapi juga ia satu fitrah yang telah ditetapkan.

Apabila hanya tinggal anda sahaja yang belum mendirikan rumahtangga, manakala yang lain pula telah sibuk dengan pasangan masing-masing, sedikit sebanyak tentu memberi kesan kepada diri anda. Ada yang dah penat mencari pasangan, ada juga yang sibuk dengan tugas dan kerjaya membuatkan anda masih lagi bujang pada ketika ini.

Berkahwin atau bujang itu sebenarnya adalah pilihan, melainkan anda benar-benar masih belum bertemu dengan seseorang yang tepat. Mengapa anda masih single hingga ke hari ini? Ini adalah beberapa jenis single, mana tahu ini juga merupakan sebab anda masih bujang.


The Perfectionist

Mengimpikan seorang lelaki yang baik, bijak, berkerjaya serta tampan merupakan ciri-ciri pasangan yang anda mahukan.Terlalu banyak kriteria menjadikan sukar bagi anda untuk mencari lelaki yang sempurna dan memilih untuk hidup bujang.

Tiada siapa yang dilahirkan begitu sempurna, sudah pasti mempunyai kelemahan tersendiri. Mungkin mempunyai pasangan yang sempurna itu adalah keinginan yang anda mahukan tetapi cuba lihat diri anda. Adakah anda juga sama seperti itu? Pasangan ini merupakan cerminan kita.



Berserah

Rasa diri tidak cantik, tidak berkeyakinan malah sentiasa terasa kecil diantara yang lain juga boleh menjadikan satu halangan untuk anda mencari jodoh. Anda perlu tahu, seseorang tidak berkahwin hanya memandang fizikal sahaja, boleh jadi ada yang memandang hati budi anda.

Cuba untuk lebih tenang dan berfikiran positif akan diri sendiri. Ini kerana, bila anda yakin akan diri anda, anda akan lebih menyerlah berbanding mereka yang lain.

The workaholic

Berkerja keras demi keselesaan hidup ini sememangnya sangat penting. Akan tetapi jangan pula anda lupa mencari pasangan hidup. Ini kerana, kehidupan perlu seimbang antara kerjaya dan juga hidup peribadi anda. Walaupun anda berusaha keras demi syarikat anda, belum tentu anda kekal selamanya disitu.

Berlainan pula dengan insan yang tersayang dan juga keluarga, sama ada ketika sihat, gembira atau sedih, mereka ini akan sentiasa di sisi anda.



Terlalu berdikari

Apabila terlalu selesa dengan kehidupan bujang, maka anda akan bergantung semuanya pada diri anda sendiri. Sehingga, anda kurang meminta bantuan orang lelaki menyebabkan lelaki takut untuk mendekati anda. Itu belum lagi jenis yang tahu membela diri serta menyelamatkan diri mereka, tentu sahaja membuat lelaki bimbang untuk mendekati anda.

Bagi orang lelaki, meminta bantuan adalah satu perkara yang sangat dihargai olehnya. Malah, mereka senang jika dirinya sentiasa diperlukan oleh pasangan mereka.

Tenang-tenang sahaja

Terlalu menikmati hidup sampai lupa bahawa waktu terus berjalan. Hidup sememangnya perlu dinikmati dan disyukuri, akan tetapi anda perlu ingat bahawa anda semakin tua dan tidak akan kekal selamanya di dunia ini. Malah, ibu bapa juga akan bimbang kalau anak mereka masih belum berkahwin dan mempunyai teman dihari tua kelak.

Jangan terlalu menikmati hidup kerana anda perlu memikirkan masa dengan anda sebaiknya. Jangan anda nikmati masa tua anda bersendirian tanpa anak mahupun cucu menemani. Rancang masa depan anda sebaiknya dan jangan menyesal dikemudian hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,782 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen