Dalam Perkahwinan Ada Kebaikan Yang Tidak Dapat Dirasai Dalam Kehidupan Bujang, Jangan Ragu-Ragu Untuk Mendirikan Rumahtangga.

 

Bila cakap pasal dah kahwin ini, ada orang cakap dia dah ready nak mendirikan rumahtangga, ada juga yang kata mereka lebih selesa hidup bujang, tapi tak ketinggalan juga yang was-was nak kahwin atau tidak. Aduh, pening juga cakap pasal kahwin ini.

Itu belum lagi yang sibuk tengah cari jodoh. Aduhhhh...

Dalam perkahwinan ini, bukan hanya lihat sebagai perkongsian hidup sahaja. Akan tetapi ia juga dipenuhi dengan rasa tanggungjawab, komitmen, kesetiaan, bimbing, terima pasangan seadanya dan pelbagai lagi. Bukan nak kongsi bantal dan bilik tidur sahaja, tetapi banyak kebaikan yang anda boleh lihat dalam sesebuah perkahwinan ini.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.” - Surah al-Dhariyat, ayat 49


1. Tenteram jiwa dan hati.

Melalui perkahwinan ini juga setiap individu mendapat ketenteraman hati dan jiwa mereka. Kehadiran pasangan dalam hidup ini akan memberi satu semangat buat seseorang malah ia juga akan menjadi penawar dan juga ubat kepada pasangannya itu. Malah, tidak merasa gelisah atau sentiasa bimbang kerana keseorangan tetapi lebih rasa bahagia kerana ada seseorang yang sentiasa menemani di sisi.

Pasangan juga akan menhiburkan hari-hari yang suram menjadi gembira dan menjadi sahabat yang baik buat seseorang. Sebab itulah, bila ada pasangan ini hati lebih tenang dan jiwa juga lebih tenteram.



2. Displin hidup.

Melalui sebuah perkahwinan ini juga akan wujudnya satu kehidupan yang lebih teratur dan juga berdisiplin. Akan berlaku rasa tanggungjawab dan pembahagian tugas antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak.

Perkahwinan ini akan mewujudkan cara hidup yang lebih tersusun dan teratur, seterusnya memudahkan segala perkara.



3. Memelihara iman

Sebagai orang Islam, sudah tentu kita perlu menjauhi zina malah tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Seseorang yang telah berkahwin akan terselamat daripada perkara-perkara yang berdosa terutamanya berkaitan dengan nafsu syahwat.

Al-Baihaqi r.q. meriwayatkan daripada Rasulullah saw, “Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah ia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

Ini adalah antara hikmah yang boleh kita semua dapat dari sebuah perkahwinan. Maka dengan itu, jangan takut untuk berkahwin. Berkahwin ini juga salah satu cara mendekatkan diri anda dengan Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,294 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen