Bila Bertengkar, Jangan Sengaja Ungkit 3 Perkara Ini Dengan Pasangan Anda. Ini Sememangnya Sengaja Mencari Nahas.

 

Dalam sebuah hubungan ini, tidak akan selamanya akan tenang sahaja. Kadang kala akan dipukul ombak juga untuk kelihatan lebih berseri. Tapi ia juga bergantung kepada diri anda macam mana nak kawal pukulan ombak tersebut. Nak biarkan dia menghancurkan segalanya ataupun ingin membuatnya sederhana kemudian menghilang.

Tidak sah kalau tiada pertengkaran, salah faham serta bermasam muka dalam sebuah hubungan ini. Kalian yang terlibat dalam hubungan ini, perlu lebih bijak untuk kawal segala perkara dalam hubungan agar tidak menjadi satu perkara yang memudaratkan.


Nak-nak lagi bila berlaku salah faham dan pertengkaran, jangan lupa anda sengaja “menyiram minyak ke dalam api yang tengah marak”. Adalah lebih baik anda curah dengan air biarkan ia tenang kembali.

Seperti perkongsian Firdaus Shakirin ini, bila bertengkar dengan pasangan, jangan keluarkan 3 perkara ini. Ia akan semakin kerohkan keadaan yang lebih teruk.

Jangan guna 3 perkara ni jika kita marah kepada pasangan.

Marah didefinisikan sebagai perasaan panas hati, berang, geram yang amat sangat atau naik angin. Satu perasaan yang hanya akan terhasil disebabkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.

Semua orang ada perasaan marah, cumanya tahap kemarahan setiap orang itu tidak sama. Cara seseorang menyalurkan atau menunjukkan marah jugak tidak sama.



Ada yang berdiam diri, ada yang meninggi suara, ada yang memaki hamun, ada yang membaling barang, ada yang merosakkan harta benda dan sebagainya. Tindakan luar kawal dan tidak berfikir sebelum melafazkan atau melakukan sesuatu.

Namun, jangan libatkan 3 perkara ini andai kita marah kepada pasangan kita.

1. Keluarganya.

Jangan "sentuh" keluarga pasangan dalam kita menzahirkan kemarahan kita.

"Kau dengan mak bapak kau sama saja. Keturunan jenis menyusahkan orang."

Opss, tiada keperluan atau kebaikan untuk melibatkan keluarganya andai perkara yang menyebabkan kemarahan itu terjadi BUKAN berpunca dari keluarganya. Ketahuilah, jika kita menggunakan keluarganya, memaki hamun keluarganya, maka tunggulah tindakan luar kawal dari dirinya pula. Tak ade siapa yang akan berdiam diri saat keluarganya dicaci dan dihina orang lain walaupun orang itu adalah orang yang disayanginya sendiri.

2. Masa Silamnya.

"Kalau aku tak kutip kau dulu, tak kahwin dengan kau, tak ade siapa la yang nak kat kau..."

Jadi, kita ni mulia? Kitalah pengutip si dia dan menjadikan si dia pasangan atas dasar ehsan, kesian dan simpati? bukan sayang dan cinta?

Kita nampak hebat sebab Allah s.w.t tutup aib kita, tak tunjuk dosa kita. Andai Allah s.w.t tunjuk dosa kita, nescaya tak ade sapa pun yang nak kepada kita. Jangan ingat kita ni mulia dan baik sekiranya kita mengahwini seseorang yang mempunyai kisah silam yang buruk. Tak ade orang jahat yang tak ade masa depan dan tak ade juga orang baik yang tak ade kisah lampau. Hakikatnya, kita semua pendosa yang ingin ke syurga.

Dia bukan "sampah" yang kau senang-senang boleh cakap kau "kutip" dia.



3. Kelemahan dan kekurangannya.

"Itulah, belajar setakat SPM je, bila suruh lebih skit, dah tak reti buat..."

Sentiasa kena ingat, kita manusia, dia pun manusia. Kita bukannya berkahwin dengan malaikat yang tak ade kekurangan, tak ade kelemahan, sempurna, cukup sifat bagai. Bila dah namanya manusia, maka pasti ada kelemahan dan kekurangannya sendiri. Jangan gunakan perkara itu untuk merendah-rendahkan keupayaan dia, mengecil-kecilkan kebolehannya.

Gunakan kelebihan yang kita ada untuk menutupi kelemahan dan kekurangan pasangan. Itu tujuan kita ada bersamanya, untuk saling lengkap-melengkapi.

Marah ini sifat syaitan, bila syaitan dibiarkan bertapak dalam hati, maka kita akan mudah melayan sifat marah tu. Orang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam pergaduhan, tetapi orang yang berjaya mengawal kemarahannya.

Istighfar banyak-banyak, dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sebaik-baik marah itu adalah DIAM. Tak ade hati yang akan tersakiti tanpa sengaja jika kita mendiamkan diri ketika marah.

Semoga bermanfaat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,847 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen