Memang Sedih Kalau Kena Reject, Tapi Itu Lebih Baik Dari Berharap Sesuatu Yang Tidak Pasti.

 

Tak penat ke suka dia dalam dia?

Tak susah ke nak sembunyikan perasaan?

Tak takut ke kalau dia diambil orang?

Nak luahkan perasaan ini memang perlukan satu keberanian yang cukup luar biasa. Tak semua orang mampu nak luahkan perasaan mereka. Apa yang paling menakutkan bila nak luahkan perasaan ini tentu sahaja takut kena ‘reject’.
Mana tidaknya, bila kena reject, hubungan nanti dah tak macam dulu lagi.


Kalau dulu jadi kawan baik, lepas ini mungkin dah rasa kekok.

Kalau dulu selalu lepak sama-sama, lepas ini mungkin dia akan cari pelbagai alasan.

Kalau dulu selalu berbual di telefon, mungkin lepas ini anda bakal diblock.



Banyak sebab mengapa seseorang itu tidak mahu meluahkan perasaannya. Di mana, dia paling takut kalau dia akan kehilangan orang yang dia sayang itu. Walaupun sayang dalam diam, tetapi takut kehilangan itu lebih dari perasaan sayang itu.

Namun begitu, sampai bila anda nak simpan perasaan anda seorang diri?

Kenapa tidak cuba untuk luahkan perasaan anda itu? Mana tahu dia juga memiliki perasaan yang sama seperti anda. Mungkin anda tidak bertepuk sebelah tangan.



Tak salah kalau nak cuba nasib anda. Kalau anda terus simpan perasaan anda seorang diri, tak mustahil anda akan kehilangan dirinya. Bila anda sudah luahkan segalanya, selepas ini tidaklah anda bertepuk sebelah tangan, malah tidak lagi berharap pada mereka yang tidak mengharapkan anda.

Nak jodoh ini, kadang kala kita kena mencubanya. Tak akan ada jodoh yang datang bergolek sendiri. Meluahkan perasaan hati juga merupakan salah satu usaha dalam mecari jodoh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,901 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen