Tekad Azam Baru Simpan Duit Kahwin, Ini 5 Cara Yang Boleh Anda Ikut.

 

Ada orang niat nak kahwin tahun depan, ada pula yang nak melancong akhir tahun ini, bahkan ada juga yang memang nak simpan sekadar suka-suka sahaja. Nak simpan wang ini bukan mudah sebenarnya, kalau dah namanya duit ada sahaja benda nak dibeli dan perlu digunakan.

Sebab itulah, nak simpan duit ini kena ada tekad dan paksa diri. Barulah dapat apa yang dihajati. Akan tetapi ada yang tak tahu nak mula simpanan dari mana, atau macam mana caranya. Sebenarnya banyak cara yang telah disyorkan oleh pakar-pakar kewangan. Cumanya mungkin ada yang mampu lakukan atau tidak. Akan tetapi ini 7 simpanan yang anda mampu lakukan walaupun bergaji sederhana.

Potongan Gaji Bulanan

Jika anda bekerja makan gaji, ini adalah kaedah paling mudah dilakukan. Hanya perlu maklumkan kepada majikan bahawa anda ingin buat potongan gaji ke akaun lain.

Dengan cara ini anda tidak perlu lagi memikirkan tentang wang simpanan. Ianya automatik akan ditolak dari akaun dan dimasukkan ke akaun simpanan anda.

Ada banyak pendapat tentang jumlah yang perlu disimpan. Ada saranan 10%, 20% dan 50%. Bagi saya terpulang kepada individu.

Asalkan mampu menyimpan, itu lebih baik sebagai satu asas disiplin. Percayalah, jika kita selalu menyimpan wang, kita akan lebih bersemangat untuk simpan lebih banyak.

Simpan Dulu Baru Belanja

Duit gaji seperti satu persinggahan sahaja. Ia singgah di akaun bank, kemudian dalam masa beberapa hari sudah berkurangan kerana kita membayar hutang dan berbelanja membeli barangan.

Satu cara untuk menyimpan duit gaji adalah simpan dahulu baru berbelanja. Asingkan duit gaji untuk simpanan dan bakinya baru digunakan untuk keperluan membayar hutang dan berbelanja.

Jika kita tunggu sehingga hujung bulan, kebarangkalian tinggi kita tiada wang lagi untuk menyimpan. Ini biasa berlaku kepada kebanyakkan daripada kita termasuk saya.

Sampul Duit Berwarna Ganjil

Ganjil bermaksud not duit yang jarang kita temui, contohnya duit RM5. Jika not duit RM1 rasanya sudah biasa memenuhi dompet kita.

Sediakan satu tabung atau sampul duit, kemudian apabila kita terima not RM5, terus masukkan dalam bekas simpanan tersebut. Buat ikut kemampuan.

Simpan di Akaun Pelaburan

Tiada halangan untuk menyimpan di mana sahaja hatta bawah bantal sekalipun. Namun, bagi seorang yang bijak, dia akan menyimpan di akaun pelaburan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji.

Ini kerana menyimpan di bank melalui akaun simpanan hanya memberikan beberapa peratus sahaja dividen. Jika di ASB dan Tabung Haji, kita boleh mendapat sekurang-kurangnya 5% setiap tahun.

Bukankah lebih baik?

Simpanan Tanpa Kad

Kad ATM adalah satu kaedah paling mudah untuk keluarkan duit. Bukan hanya di bank, kita boleh juga keluarkan wang melalui ATM di stesen minyak, hentian rehat lebuhraya dan di kedai serbaneka. Aksesnya banyak dan mudah.

Untuk tujuan simpanan, sebaiknya elakkan yang mempunyai kemudahan kad ATM. Contohnya simpan di Tabung Haji dan ASB yang tiada kad ATM.

Main Kutu Bersama Rakan Pejabat

Kutu adalah simpanan berkumpulan dan pulangan akan diterima setiap bulan dari jumlah terkumpul. Pulangan diterima daripada persetujuan ahli seperti membuat undian.

Jika kita bermain kutu bersama rakan pejabat, buat kumpulan yang kecil antara 5 – 10 orang kerana lebih mudah diurus.

Konsep kutu sebenarnya bagus kerana memaksa kita membuat simpanan paksa (membayar duit kutu) kepada ahli. Kita akan berdisplin dan pada masa yang sama menjaga adab berkawan. Ianya mewujudkan sifat bantu membantu dan bersabar dalam membuat simpanan.

Simpan Emas

Simpanan emas sangat berlainan dengan simpanan wang kerana kita simpan aset fizikal. Mengikut sejarah harga emas, ianya sentiasa meningkat dalam kadar waktu yang panjang.

Cara menyimpan duit gaji melalui pinjaman emas dapat mengelak kita menggunakan duit. Ini kerana kita beli emas dan dapat emas. Susah pula untuk ditebus emas kepada duit kerana prosesnya agak rumit.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,819 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen