Jangan Rapat Sangat Dengan Mereka Yang Berlainan Jantina Ini. Kamu & Pasangan Pun Bermula Dengan "Kawan".

 

Rasa cemburu itu pasti akan ada dalam setiap hubungan tanpa diundang mahupun dijangka. Akan tetapi ia hadir kerana rasa takut kehilangan dan juga rasa sayang terhadap seseorang. Rasa cemburu ini akan datang tanpa kira jantina atau egonya seseorang.

Sering kali kita diingatkan apabila berada dalam hubungan, tidak kiralah bercinta, bertunang mahupun sudah menjadi suami isteri, jangan terlalu rapat dengan mereka yang berlainan jantina. Walaupun hanya memegang status sebagai rakan sahaja tetapi ia tetap mendatangkan perasaan cemburu dalam hati pasangan.


Mana ada ‘rakan’ yang berkongsi hal peribadi.

Mana ada ‘rakan’ saling berkomunikasi selepas berhubung.

Mana ada ‘rakan’ yang keluar bersama berduaan.

Anda perlu ingat, dahulu anda dan pasangan anda juga bermula dengan status ‘rakan’ sahaja.



Walaupun pelbagai alasan yang diberikan, tapi itu semua tidak mampu menghalang untuk melahirkan perasaan cemburu ini. Jika benar anda sayangkan hubungan, maka anda lebih bijak untuk atasi segala perkara ini.

Bila berkawan dengan mereka yang berlainan jantina ini perlulah anda lakukan seperti ini;

1. Tidak berkongsi hal peribadi melainkan hal kerja.

2. Lepak bersama pasangan masing-masing bukan berdua.

3. Tidak akan keluar berdua tanpa pasangan masing-masing

4. Selepas waktu berkerja tidak saling berhubung.

5. Tiada rahsia diantara anda dan juga pasangan anda.

6. Lebih utamakan pasangan berbanding rakan anda.



Tak salah tapi kena bijak

Zaman sekarang ini memang agak sukar jika tidak berkawan dengan mereka yang berlainan jantina. Mana tidaknya, di tempat kerja, ada tugas yang memerlukan kalian berkerjasama, akan tetapi itu bukan menjadi punca untuk anda membuka ruang akan kehadiran orang ketiga. Anda kenalah bijak untuk hadkan pergaulan anda.

Kalau semuanya dilayan sahaja, tak mustahil hati akan berubah arah dan menyebabkan anda bermain kayu tiga dibelakang tanpa sedar. Akhirnya, bukan ada yang terluka tetapi pasangan anda. Bagaimana pula kalau orang ketiga itu hanya datang untuk musnahkan hubungan anda dan bukannya ikhlas terima anda, tentu anda sendiri yang rugi.

Berhati-hati dalam berteman, jangan sampai lukakan hati pasangan. Anda dan pasangan pula dulunya hanya seorang ‘rakan’ yang akhirnya menyimpan perasaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen