Bila Pilih Anak Ketiga Sebagai Pasangan Ini Memang Nampak Dia Macam 'Dingin' Tapi Penyayang Orangnya.

 

Bila bercakap mengenai anak ketiga ini, tentu akan terlintas difikiran adalah seorang yang dingin dan juga degil. Tak cukup dengan itu, ada juga yang menyatakan bahawa mereka ini seorang yang agak baran dan mudah melenting.

Kadang itu ada yang agak gerun untuk mendekati anak ketiga ini. Baik lelaki atau perempuan, mereka ini kelihatan agak dingin, nak-nak lagi dari raut wajah mereka. Dengan raut wajah sebegitu akan membuatkan ramai yang takut mendekati mereka walaupun mereka ini biasa sahaja.


Paling yang perlu anda tahu, mereka ini luaran sahaja nak macam pemarah dan juga dingin, tetapi dalamnya tersangatlah berbeza. Jika anda memiliki pasangan anak ketiga ini, ketahuilah bahawa anda sangat beruntung.



Walaupun seorang yang dingin, tapi mereka ini tersangatlah penyayang. Nak-nak lagi sayang akan pasangannya. Bila berduaan dengan anda, barulah anda tahu dia ini seorang yang manja, suka manjakan pasangan serta sanggup lakukan apa sahaja untuk pasangan. Tapi bila anda kecewakan dirinya, dia akan begitu lambat nak move on sampaikan ada yang makan tahun.

Mereka ini sebenarnya sangat sensitif diantara adik beradik yang lain. Di mana, kalau ada kata-kata yang terguris hatinya dia akan diam sahaja, tetapi dalam hati dia kecewa dengan kata-kata itu. Sebab itu bila nak bercakap dengan mereka ini kena lebih berhati-hati barulah dia tak termakan hati. Kata-katanya pula, jangan risau dia cukup bijak untuk menjaga hati orang lain.

Tingkah laku yang agak kasar mungkin akan membuatkan anda sedikit takut untuk mendekatinya. Tetapi percayalah, bila dia sudah mencintai anda, anda sahaja yang boleh tundukkan segala tindakannya yang kasar itu. Alah, kira kalau dengan anda semuanya akan menjadi lembut dan cair. Tak ada dah istilah seorang yang dingin lagi.



Mungkin ada yang lihat bahawa mereka ini pemarah seperti singa. Akan tetapi, dia tidaklah marah dengan begitu mudah tanpa sebab. Melainkan ada punca yang membuatkan mereka ini marah. Tidak dinafikan bahawa mudah marah dan kalau hal yang remeh pun boleh marah tapi dia akan tetap kalah dengan anda.

Apa yang paling tidak disukai anak ketiga ini tentulah sikap dibandingkan dan ditegur silapnya. Mereka ini mempunyai ego mereka tersendiri malah, emosi mereka ini juga mudah terusik. Maka dengan itu, mereka tidak suka jika anda bandingan dirinya malah menegur sikapnya. Masalah juga kalau tidak boleh ditegur ini, nanti semua nak ikut cakap dia.

Tapi apa-apa pun, jangan pandang anak ketiga ini sebagai orang yang sangat dingin dan pemarah sahaja. Ketahuilah bahawa dalam dirinya penuh dengan kasih sayang yang anda sebenarnya tidak nampak dan ketahui.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 529,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen