Jangan Buat Gurau 'Talak' Ini, Takut-Takut Diri Sendiri Yang Menyesal Nanti.

 

Bila mana membuat keputusan untuk berkahwin ini dikatakan satu perkara yang serius, bahkan kalau nak kahwin pun perlu tahu erti tanggungjawab, perlu bersedia bahkan jangan anggap perkara ini mainan. Begitu juga dengan penceraian. Anda perlu tahu dan jelas mengenai apa itu penceraian dan bagaimana boleh berlaku.

Nak-nak lagi zaman sekarang ini, semua perkara nak dibuat gurau. Berkahwin dengan seorang lelaki yang suka bergurau sememangnya sangat mencuit hati tapi kena tahu bergurau yang macam mana.


Kalau bergurau biasa-biasa sahaja itu tidak mengapa, ini bergurau melibatkan talak.

Si suami: “Saya ceraikan awak dengan talak 50.”

Si isteri ketawa-ketawa sahaja anggap itu bergurau, tanpa sedar bahawa talak itu jatuh dengan gurauan tersebut. Tanpa sedar talak yang jatuh bukan talak satu atau talak dua, tetapi talak tiga. Kalau perkara ini berlaku kepada anda, tentu akan menyesal tak sudah nanti.



Dalam sebuah hadis sahih sudah pun dinyatakan mengenai talak dan penceraian dilarang untuk dibawa bergurau. Terdapat tiga perkara yang dinyatakan dalam hadis tersebut iaitu nikah, cerai dan rujuk semula.

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ
Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).

Riwayat Abu Daud (2194)

Menurut para tafsir melalui Kitab al-Muktamad (4/157), larangan yang dimaksudkan walaupun dikata secara gurauan ia tetap akan beralih kepada maksud asal. Dalam erti kata yang lebih mudah, hukum suatu talak dikira jatuh.

Namun, banyak huraian yang diberikan oleh para ulama berkenaan lafaz talak, sebelum talak tersebut dikira jatuh ataupun tidak.



Ucapan talak yang tidak dikira

• Orang yang tidur
• Orang yang gila
• Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap)
• Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan
• Penggunaan lafaz yang tidak difahami
• Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur

Perkara yang ketiga sering menjadi pertanyaan banyak pihak iaitu talak yang dikeluarkan daripada orang yang terlepas ckap. Pihak Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan jenis ucapan talak ini berdasarkan kitab al-Mu;tamad al-Fkh al-Syafie 4/164) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili, iaitu:

“Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talak, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain, atau seorang ahli fikh yang berulang kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga kerana tiada niat.”

Oleh kerana itu, Islam melarang untuk kita bergurau dengan perkara tersebut. Sebab itulah, ilmu merupakan perkara penting dalam sebuah rumah tangga suapaya perkara yang tidak diingini berlaku. Penceraian juga merupakan perakara yang paling digemari syaitan kerana ia boleh memutuskan keturunan Nabi Adam AS.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,580 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen