Jangan Terburu-Buru Berharap, Kadang Kala Dia Mendekati Hanya Ingin Mencari Teman Berbual Sahaja.

 

Ketika dia tertarik dengan diri anda, boleh jadi dia menjadi seorang yang sangat baik dang juga begitu memahami diri anda. Dari gaya percakapan, malah pergaulan dirinya sememangnya membuatkan anda begitu selesa mengenali dirinya.

Akan tetapi, jangan begitu mudah berikan hati dan juga harapan anda kepadanya. Ini kerana anda tidak tahu niat sebenar dirinya mendekati anda. Boleh jadi dia betul-betul tertarik untuk berkenalan dengan anda, ingin jalinkan hubungan yang serius atau dia hanya ingin berkenalan serta berkawan sahaja dengan anda.

Orang yang mendekati ini banyak tujuan. Jadi bila anda tidak mahu terluka, anda perlu bijak dalam menilai dan jangan cepat memberi hati dan perasaan.


Jangan mudah terpedaya dengan teguran pertama dirinya.

Muslihat yang tersembunyi ini selalunya tidak dapat diagak bila dan bagaimana. Jangan begitu mudah hati anda terpaut dengan teguran itu. Pastikan anda tahu tujuan yang jelas dahulu barulah anda boleh terpegun dengan setiap tindakan yang datang darinya.



Boleh jadi mulanya hanya biasa-biasa sahaja, tetapi bila nampak anda telah cair dengan kata-katanya dia mulakan tindakan selanjutnya.

Apabila dapat green light, terus sahaja dia mula mengatur setiap tindakan dan rencana yang anda tidak boleh jangka dan baca. Maka dengan itu sentiasa berhati-hati saat seseorang mendekati anda. Namun, itu tidak bermakna anda boleh bersikap sombong dan buat tak tahu pula. Berikan layanan yang sesuai tetapi kena dengan batas yang tidak berlebihan juga.



Jangan tertipu, setiap orang tentu menunjukkan sisi yang baik ketika awal perkenalan.

Bila anda tahu dia itu bukan sebaik yang anda sangkakan tentu anda tidak mahu mendekati dirinya bukan? Anda akan mengabaikan segala kata-kata dan sapaan. Cuba kalau anda lihat dia itu baik dan penuh dengan budi bahasa tentu sahaja anda pun dengan senang hati untuk berkenalan dengannya.

Perlu bezaan dia dengan mereka-mereka yang anda kenali. Barulah anda nampak tujuan sebenar.

Anda perlu tahu perbezaan orang yang ikhlas dengan anda atau sekadar mengambil kesempatan sahaja. Ini kerana, perbezaan mereka ini sangat ketara melainkan anda yang menutup segala ruang dan pemikiran yang buru mengenai mereka.

Setiap orang ini ada mempunyai pelbagai niat, maka dengan itu anda perlu lebih berhati-hati agar tidak terpedaya. Jangan mudah memberi harapan kalau anda belum jelas dengan niat di sana.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,778 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen