Makin Lama Makin Selesa Membujang, Kenapa Eh?

 

Dalam sibuk rakan-rakan yang lain membina perancangan kahwin, menguruskan keluarga anda pula merasakan semakin jauh dari perkara tersebut. Kalau dulu, lihat kawan-kawan naik pelamin sudah mula gelabah nak cari jodoh, tapi kini semuanya rasa macam tiada apa pula.

Anda suka menikmati hidup bebas anda yang perlu bimbangkan akan diri sendiri tanpa merasakan perlunya orang lain. Keselesaan yang anda rasai itu membuatkan anda merasakan bahawa perkahwinan itu bukan satu perkara yang penting lagi dalam hidup.


Ada beberapa sebab mengapa berlakunya situasi ini. Jika anda berdepan situasi seperti ini cuba untuk fikirkan dengan lebih dalam lagi.

Sebab-sebab berlakunya situasi ini.



Merasakan bercinta hanya menyakitkan hati

Mungkin telah banyak kali dikecewakan membuatkan anda merasakan bahawa bercinta dan mencari kenalan ini hanya akan membuang masa malah menyakitkan hati sendiri. Keadaan ini biasanya membuatkan anda berputus asa untuk berkenalan dengan seseorang yang baru kerana terlalu percaya bahawa akhirnya ia berakhir dengan perpisahan yang melukakan hati sendiri. Bukan itu sahaja, anda juga bimbang kalua-kalau anda sebenarnya hanya syok sendiri sahaja. Payah juga kalau fikir macam ini.

Sukar berjumpa dengan orang yang anda rasa sesuai

Bukan memilih tetapi anda mahukan seseorang yang kena dengan jiwa dan pemikiran anda. Bukan tak cuba terima dengan mereka yang berlainan jiwa dan pemikiran tetapi akhirnya hanya jumpa jalan perdebatan sahaja. Maka dengan itu, anda lebih memilih untuk bergerak solo selagi tidak jumpa dengan seseorang yang sesuai dengan jiwa. Tapi bukan ke orang kata perbezaan itu akan saling melengkapi antara satu sama lain?



Berfikir bahawa jodoh akan datang sendiri

Banyak orang yang berpendapat bahawa jodoh itu akan datang dengan sendirinya apabila tiba waktu yang tepat. Jadi buat apa buang masa dengan orang yang salah dan hanya lukakan hati sendiri. Adalah lebih baik kalau nikmati hidup yang seronok ini. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa jodoh ini tidak akan datang bergolek kalau tak usaha. Kalau datang bergolek takut anda pula yang tak nak nanti.

Takut bertepuk sebelah tangan

Ini paling menakutkan sebenarnya. Anda dah betul-betul beri harapan, yakin bahawa dia itu adalah yang terakhir. Namun akhirnya cinta tidak dibalas, dia lebih memilih orang lain, dia tak tahu anda menyimpan perasaan padanya. Aduh, macam ini pun susah juga. Tapi kalau tak cuba mana anda tahu yang anda hanya bertepuk sebelah tangan.

Mungkin anda yang berdepan dengan situasi ini sangat bimbing jika dilukai. Akan tetapi, cuba anda fikirkan bahawa jika anda tidak mencari macam mana si dia ingin temui anda. Bahkan bagaimana pula dengan masa depan anda kelak?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,184 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen