Wanita Yang Baik Tidak Akan Rebut Suami Orang, Bahkan Lelaki Yang Baik Tidak Akan Berlaku Curang.

 

Banyak alasan yang akan diberikan oleh seseorang apabila dirinya tertangkap dalam hubungan tiga segi. Yang wanita akan cakap dirinya ingin menumpang kasih, manakala yang lelaki pula akan menyatakan bahawa mereka mampu untuk berkahwin lebih.

Malah ada juga alasan yang menyatakan bahawa “wanita itu baik, sebab itu anda tertarik kepadanya”. Akan tetapi baik ke dirinya apabila dia melukakan hati insan lain?

Beribu alasan yang anda berikan tidak akan menutup kesalahan anda. Anda perlu tahu wanita baik tidak akan pernah merampas suami orang lain malah suami yang baik tidak akan berlaku curang dengan isterinya.


Memilih dia kerana baik? Tetapi baik ke selepas melukakan hati orang lain.



Curang, bermain kayu tiga dan juga menduakan pasangan itu adalah pilihan yang dilakukan seseorang. Jika seseorang itu baik dengan pasangannya dia tidak akan melakukan perkara sebegini pada pasangannya. Dia akan menjaga hati pasangannya dengan baik malah tidak mahu melukakan hati dan perasaannya.

"Jika anda memilih wanita tersebut kerana dia baik, anda silap. Wanita baik tak akan melukakan hati wanita lain.

Jika anda memilih dia kerana dia suami yang baik, anda silap. Suami yang baik tidak akan berlaku curang terhadap isterinya."

Jadi fikirkan sebaiknya.

Wanita yang baik tidak akan mudah diajak untuk bermain kayu tiga.

Fikirkan sebaiknya, jika dia benar-benar wanita yang baik tentu sekali dia takut melukakan hati orang lain. Mereka takut kalau dirinya juga akan menerima nasib yang sama kelak. Lainlah kalau dia menjalinkan hubungan dengan anda selepas mendapat restu dari isteri. Akan tetapi, berani ke seorang suami untuk berterus terang dengan isterinya yang dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain?

Apa pun alasan ada, kelakuan anda tetap salah.

Tidak kiralah anda menyatakan siapa yang baik dalam hubungan anda sekali pun, tetapi jika anda berlaku curang ia tetap satu perkara yang salah. Anda mengkhianati seseorang yang tulus menyayangi anda serta orang yang sentiasa menerima segala kekurangan diri anda.

Jika anda melakukan semua ini kerana kekurangan pasangan anda, maka perbaiki diri anda dan cari jalan penyelesaian bukannya dengan menambah masalah dalam hubungan yang terbina.



Jika anda menyatakan bahawa dia suami yang baik, dia tidak akan berlaku curang di belakang isterinya.

Tertarik kerana sikapnya sebagai suami yang baik, ayah yang penyayang serta memiliki keluarga yang bahagia. Seorang suami dan ayah yang baik tidak akan menghancurkan keluarganya demi wanita lain. Ini kerana, dia lebih tahu menghargai yang mata kaca dan mana permata. Jika dia bermain kayu tiga di belakang isterinya dia bukan suami yang baik. Hari ini dia buat pada isterinya, esok lusa dia akan lakukan yang sama pada anda pula.

Jangan mudah berasa bangga apabila menjadi pilihannya.

Bergelut dan mampu memiliki seseorang yang anda sayangi sudah tentu satu kerjayaan yang besar buat diri anda. Akan tetapi jangan terlalu berbangga kerana anda berjaya membuat dia memilih anda. Ini kerana anda masih tidak tahu adakah nasib ada akan sama seperti bekas isterinya ataupun akan kekal bahagia bersamanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen