Hanya Dengan RM500 Sahaja Untuk Bercuti Di Batam Indonesia, Haa... Sesuai Untuk Honeymoon Bajet Tapi Ke Luar Negara.

 

Untuk berbulan madu ini tentu anda dan pasangan akan memilih tempat yang begitu santai dan tenang untuk habiskan masa berdua kalian. Malah kalau melihat rakan-rakan yang pergi honeymon ke luar negara tentu akan timbul rasa hati untuk anda pergi ke sana juga.

Akan tetapi kerana sayang dan bimbang akan bajet tidak mencukupi, anda juga mampu menikmati perkara yang sama tetapi dengan bajet yang bersesuian. Sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu, apa kata anda memilih untuk ke Batam Indonesia. Terletak 25km dari Johor, Batam juga menawarkan pelbagai keindahan semulakadi yang cantik sesuai untuk bercuti.


Seperti perkongsian Amira Othman ini, dia dan pasangan ke Batam selama 3 hari 2 malam dengan bajet kurang RM500 seorang. Bajet tersebut teRMasuk pengangkutan, penginapan, makanan dan beli belah. Lepas ini bolehh letak Batam sebagai salah satu list untuk berbulan madu.



Percutian Bajet 3h2m Batam Indonesia

Ramai orang nak berjalan dekat-dekat tapi nak bajet kan? Selain Hatyai kita boleh pergi ke Batam Indonesia. Tak payah susah-susah book flight mahai-mahai, naik ferry jeee! Bajet pon kurang RM500 seorang.

• Kami naik bas dari Muar ke Larkin Sentral
Tiket return RM34.20 (2Jam 45 minit)

• Sampai di Larkin Sentral kami naik grab ke TeRMinal ferry di Berjaya Waterfront return so seorang RM10

• Tiket ferry beli return lebih berbaloi dan murah dari kita beli sehala ( RM131 return ) 2jam 15mnt .
(Paling best tiket balik free time nak balik pukul berapa dan free seat so tak adela tertinggal boat ke ape kannn kalau ferry kosong haaa berhuhaaa la korang dalam itu)
Boleh cek Tiket ➡️ www.easybook.com.my

Day 1 -

Kami sampai dah tengah hari. Hujan gerimis mengundang pulak tuuu. Itu yang gambau tak berape nak cunn kelabu asapp jeeee.

Jadi kami ambil supir Half day IDR300k . Sebab senang ke sana sini malam baru check in hotel.



Perut dah lapar supir suggest Lunch kat NASI PADANG di RM ARAI PINANG IDR75k
(harga boleh tahan laaa kami makan sikit je kotttt)

- JAMBATAN BARELANG
(Singkatan dari Batam, Rempang, dan Galang) adalah sekumpulan jembatan yang menghubungkan pulau-pulau di batam.

- TEBING LANGIT entrance fee IDR10k (RM3)

Sini macam ala-ala Jogja tulaa kene panjat bukit tunggi-tinggi banyak tempat-tempat bolehh bergambar, ade tikar terbang IDR 20k. Tahun baru ni dia orang dah pindah ke tempat baru. So semua dia orang buat baru dan cantekk lagi la kot.

OYO 676 NASA HOTEL (RM160 2malam free breakfast) 2pax

Hotel Oyo 676 ni best, selesa, service pon okay. Turun je hotel haa nak pergi mana suka hatiii. Dekat dengan Indomart & tempat makan local pilih je nak makan kedai mana harga pon murah dan makanan sedap-sedap memang puas hati.

Malam boleh jalan-jalan kat Pasar Jodoh, Nagoya Hill, DC mall

Day 2 -

Supir return hotel IDR 250K

Untuk ke Bintan island kami perlu naik ferry di Telaga Punggur. Kami cek Grab dalam IDR 114k so pergi balik dah IDR 228k jadi kami decide ambil supir jugak. Kalau supir boleh singgah-singgah mana kita nak pergi.

Jetty Buka pukul 8pagi

Ferry roro - return IDR40k 1 Jam

Kami naik Speed boat (IDR 100k return) 20minit



Bintan island (takde grab yee kat Bintan island ni)

Supir Bintan Island IDR 650k ( 1Hari )

 Trikora Beach
 Lagoi Bay
 Patung Orang Utan
 Patung Hang Tuah
 Gurun Pasir
 Telaga Biru Bintan entrance fee 10k
(Banyak lagi tempat boleh pergi macam Tg Pinang, Patung seribu eh banyak lagi laa tapi tak sempat sehari dok sana)

Balik Jetty 5ptg (waktu Indonesia)



Kami minta supir anta di DC mall jalan-jalan cari ole-ole, shopping-shopping beli perfume, baju-baju. Dc mall dekat je ngan hotel jadi kami balik jalan kaki jee.

Balik makan malam dekat gerai2 local tepi hotel.
240k /6 = IDR40k

Day 3 -

Check out

Boleh laa nak berjalan-jalan ke Nagoya Hill atau mana-mana mall

Supir hantar ke BATAM centre Point International Ferry TeRMinal IDR 70k (Ferry pukul 1.15pm)

Balik dikenakan cukai yee seorang IDR100k (RM30)

Total Bajet 3H2M

• Tiket bas - RM34.20
• Grab - RM10
• Hotel - RM80
• Ferry stulang laut - RM131
• Supir - IDR 210k
• Makan2 - IDR185k
• Entrance fee -IDR 20k
• Ferry bintan island - IDR100k
• Cukai balik - IDR100k
▶️ RM441.60/pax

Tak termasuk shopping

Pusat beli belah;

• Nagoya Hills SupeRMall
• Mega Mall
• Batam city square
• Pasar Jodoh
• DC Mall

Kami pergi 6orang jadi makan supir semua share 6 orang.



Okayyy siapa minat bergambar tuu jangan risau yee sebab setiap tempat ade photographer.

Nak print gambar IDR20k. Kalau nak transfer gambar ke hp bayar RM1.50 jeeee setiap 1 gambar. Bayar duit RM pon mereka terima ok) jadi banyak la gambar-gambar korang yang cantekkkk boleh terus update FB, Instagram.

• Plug kat Batam sama macam Malaysia
• 3 plug so tak yah bawa international plug
• ⌚️ 1jam lewat dari Malaysia

Buat yang berminat, boleh hubungi supir;

• Supir James batam - +62 812-6171-744
• Supir Amri batam - +62 813-6418-6699
• Supir Bintan island - +62 812-7720-0181

Nak holiday tak semestinya kene shopping abis berratus-ratus beribu-ribu.. Cukup kita dapat jalan di tempat orang, tengok culture, rasa makanan diaorang, ade tempat tidur tu pon syukur yeee kalian-kalian semua yang penting kita bawak balik kenangan di tempat orang. Jimat-jimat boleh bajet untuk next trip pulakkk.

Saje nak share semoga dapat membantu ye!

Happy Holiday guys!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,819 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen