Bentuk Isteri Solehah, Doa Seorang Suami Mampu Membawa Isteri Ke Arah Itu...

 

Isteri solehah menjadi idaman hati para suami. Buat lelaki yang berkahwin, tentu mengidamkan seorang isteri seperti ini. Mana tidaknya, isteri seperti ini adalah penyejuk jiwa dan penenang hati. Seorang yang berpegang teguh pada agamanya, berbudi bahasa serta tahu hormat suami tentu sahaja menjadi dambaan mana-mana lelaki.

Namun begitu, bukan mudah nak dapatkan isteri macam ini. Kadang sebelum kahwin tak nampak pun dia ke arah itu tapi selepas kahwin isteri dengan mudah ke arah itu. Siapa tahu bukan...


Caranya mudah sahaja, perkara ini tidak akan datang bergolek tetapi ada satu senjata yang suami perlu amalkan iaitu doa seorang suami.

Setiap kata yang diluahkan dan dilemparkan oleh suami itu adalah doa, maka berdoalah perkara yang baik-baik sahaja dan katalah yang baik-baik sahaja.

Doa Seorang Suami

Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.

Pernah terfikir tak, bila isteri buat "perangai", asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?

Percayalah doa seorang suami itu mustajab.

Doakanlah isteri jadi seorang yang "haalim" iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.

Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.

Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,831 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen