Bila Berangan Nak Majlis Besar-Besaran, Jangan Bebankan Orang Lelaki Sahaja.

 

Impian untuk melangsungkan majlis gilang gemilang sememangnya satu impian yang sangat ingin dimiliki oleh semua orang. Mana tidaknya, setiap hari kita akan lihat rakan-rakan atau mereka yang mampu untuk melangsungkan majlis seperti itu sehingga membuatkan kita juga mempunyai keinginan yang sama.

Tidak salah untuk mempunyai keinginan dan impian yang sama. Akan tetapi orang kata “ukur baju di badan sendiri” anda pula kena lihat siapa diri anda dan bagaimana pula dengan pendapatan anda.



Sesetengah orang akan menggunakan pasangan mereka sebagai jalan pintas untuk menunaikan segala keinginan mereka itu. Sebagai contoh, meletakkan wang hantaran yang tinggi kepada pasangan sebagai salah satu cara untuk penuhi keinginan mereka itu.


Meletakkan wang hantaran sebanyak RM20k, inginkan bulan madu di luar negara dan pelbagai lagi itu hanya akan membebankan bakal suami anda sahaja. Ini kerana bukan mudah nak kumpul semua perkara yang anda inginkan itu.

Bila dah sayang akan seseorang, mana ada yang sanggup menolak perkara tersebut. Banyak lelaki yang sanggup ikat perut dan bersusah payah untuk kumpul wang hantaran yang banyak semata-mata demi menghalalkan pasangan mereka, tetapi adakah majlis itu hanya untuk dirinya seorang diri?



Sudah tentu tidak bukan.

Maka dengan itu, jika anda inginkan semua perkara itu, jangan hanya lepas tangan dan biarkan orang lelaki yang melakukan semua perkara yang anda inginkan. Walaupun anda kata itu sebagai tanda usaha dan juga kasih sayang dirinya pada anda tetapi anda perlu tahu bahawa dia bersetuju terima anda serta menghalalkan anda juga adalah usaha dan kasih sayang dari dirinya.

Tidak salah kalau anda juga menghulurkan tangan untuk menjadikan majlis impian anda itu sebagai satu kenyataan. Caranya mudah sahaja;

1. Jangan lupa untuk sama-sama kumpul duit kahwin dan wang hantaran.
2. Semua yang anda inginkan itu hasil dari titik peluh anda bukan pasangan.
3. Jangan terlalu mendesak dan paksa pasangan turuti apa yang anda mahu.
4. Lakukan perkara yang sederhana asalkan dia ikhlas terima anda sebagai pasangan hidup.



Mungkin ada yang merasakan bahawa ini semua memberi peluang kepada lelaki untuk tidak berusaha dengan lebih gigih untuk menghalalkan anda, tetapi ketahuilah bahawa kehidupan selepas kahwin itu lebih penting berbanding majlis persandingan anda itu.

Maka dengan itu, fikirkan masa depan anda dengan dirinya selepas kahwin dan apa yang kalian akan lalui selepas bergelar sebagai suami isteri. Bukannya fikirkan seronoknya duduk di atas pelaminan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen