Terasa Perit Hidup Berdikari Di Tengah Kota, Ini Tips Perbelanjaan Yang Perlu Anda Patuhi.

 

Hidup di bandar ini bukan seindah yang disangkakan seperti yang dilihat dalam televisyen. Tapi ramai diantara kita merasakan bahawa hidup di bandar ini lebih seronok berbanding tinggal di kampung. Tapi apabila terpaksa berdikari seorang diri di bandar, tentu perlu bijak mengatur kewangan dan juga gaya hidup.

Perbelanjaan yang agak tinggi bermula dari pengangkutan, makanan dan juga kediaman bukanlah satu perkara yang mudah untuk dianggarkan dengan sebaiknya. Itu belum lagi tentang keperluan harian serta hiburan hujung minggu. Tentu sahaja anda perlu utamakan yang perlu dan ketepikan yang tidak penting.


Untuk mereka yang bergaji sederhana, mungkin ini tips yang sesuai buat anda untuk dapatkan hidup yang selesa.

1. Asingkan perbelanjaan kehendak dan keperluan.

‘Keperluan’ yang paling utama adalah perbelanjaan makan, bil air dan elektrik, sewa rumah dan sebagainya. Manakala ‘kehendak’ seperti langganan bulanan rancangan televisyen, pemasangan wi-fi di rumah, beg tangan dan sebagainya. Dahulukan keperluan anda kemudian barulah gunakan untuk kehendak anda, namun begitu jangan lupa untuk miliki sedikit simpanan agar boleh digunakan ketika terdesak.



2. Sedar diri

Ukur baju di badan sendiri bukan badan orang lain, ini yang perlu anda sentiasa ingat. Jika anda bergaji sederhana, maka kenalah anda berbelanja sesuai dengan diri anda. Jangan berbelanja seperti mereka yang bergaji besar. Jika anda berbelanja melebihi gaji anda, maka anda akan terbeban dengan hutang dan juga kehidupan yang agak sempit.

3. Bandingkan harga

Jangan terus beli sesuatu barang, tetapi bandingkan harga terlebih dahulu. Apabila hidup dibandar ini, semua orang ingin hidup selesa jadi tak mustahil kalau peniaga ingin kenakan harga yang mahal terhadap barang yang mereka jual. Bandingkan sebelum beli adalah pilihan terbaik untuk jimat dalam perbelanjaan.



4. Tak salah kalau nak lepak, tapi...

Bila sudah duduk bersendirian, maka rakan-rakan adalah orang yang menghiburkan hari-hari anda. Maka dengan itu, tentu sahaja anda ingin habiskan masa anda dengan lepak bersama mereka. Tidak salah untuk lepak bersama mereka, tetapi kenalah pastikan jangan lepak di tempat hipster, kafe ataupun restauran yang agak mahal makanannya.

5. Jangan lupa simpanan.

Apabila anda berdikari, maka susah dan senang anda perlu tanggung sendiri. Maka dengan itu, jangan lupa untuk simpan wang dalam beberapa kategori seperti kecemasan, masa depan dan juga hiburan. Ini kerana, bila berlaku apa-apa yang mungkin membuat anda hilang perkerjaan atau apa tetapi anda masih mempunyai simpanan untuk tanggung hidup anda.

Seronok hidup di bandar ini, tetapi anda juga perlu bijak untuk atur wang ringgit anda. Kalau terlalu ikutkan hawa nafsu memang setiap bulan ikat perut dan berlaparlah jawabnya.

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,819 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen