Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala Mampu Cegah Penyakit Dari Awal, Buat Yang Bujang Yang Lupa Lakukan Pemeriksaan.

 

Walaupun sedang sibuk menghalalkan sang kekasih hati atau sibuk berdiet untuk dapatkan pasangan hidup, tetapi satu perkara yang perlu anda jaga dan ia tersangatlah penting adalah kesihatan tubuh badan anda. kadang kala, walaupun tidak diberikan rezeki jodoh yang awal tetapi kalau diberi kesihatan yang baik itu juga satu rezeki dari Allah buat diri anda.

Namun begitu, jangan pula anda sengaja untuk tidak menjaganya dengan baik dan menyakiti diri anda sendiri. Selalunya, apabila rasa sakit seperti demam, tak sedap badan atau ada satu yang tak kena barulah seseorang mula menjejakkan kaki ke klinik.


Nampaknya, masih ramai lagi masyarakat di laur sana yang kurang mengambil berat akan kesihatan tubuh badan mereka. Sebenarnya, anda tersangat digalakkan untuk melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kesihatan anda di dalam keadaan baik sahaja atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya anda akan tahu tahap kesihatan tubuh badan anda.

Mungkin ada yang merasakan kos yang agak mahal dan ambil masa yang lama membuatkan anda malas untuk melakukan pemeriksaan ini. Pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan di tempat yang betul dan memperkenalkan syarat perlesenan, sama ada kerajaan atau swasta, itu pilihan anda.

Berikut merupakan 5 langkah mudah untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.



1. Pemeriksaan air kencing

Selalunya wanita hamil yang akan melakukan pemeriksaan air kencing. Menurut pakar Nancy Guberty yang merupakan pakar pemakanan dan jurulatih gaya hidup sihat.

Terdapat 70 petanda air kencing yang boleh menentukan tahap kesihatan seseorang. Contohnya pengumpulan asid organik tertentu yang ada dalam kandungan air kencing. Jika mendapat tindakbalas yang negatif mungkin tubuh badan anda kekurangan vitamin.

2. Gigi

Ramai yang tidak mengendahkan tentang pemeriksaan gigi. Jika anda mempunyai masalah gigi berlubang, itu mempunyai hubung kait pada hati, jantung, sistem pencernaan dan banyak lagi di beberpaa bahagian tubuh badan. Paling penting melakukan pemeriksaan gigi setiap enam bulan sekali.



3. Kulit

Terlalu lama terdedah dan berjemur di bawah sinaran matahari di tepi pantai juga mampu memberikan kerosakan pada kulit disebabkan pancaran cahaya yang terlalu panas.

Jika anda mendapatkan tanda-tanda seperti munculnya bintik hitam pada kulit, sebaiknya berjumpalah dengan doktor dengan segera.

4. Berat badan

Jika berat badan anda cepat turun dan naik, jangan sesekali anda memandang mudah akan perkara berikut. Itu menandakan ada sesuatu yang tidak kena yang boleh mengaitkan tentang tahap kesihatan.

Sekiranya anda mengalami penurunan berat badans ecara mendadak, kemungkinan anda mengalami kanser. penyakit auto imun, hipertiroidisme, penyakit kronik ataupun kemurungan.



5. Kebersihan meja tempat kerja

Jika anda sering terdedah pada pemukaan meja kerja yang berhabuk dan bersepah, semua itu menjadi penyebab utama tahap kesihatan anda mudah terganggu. Pastikan anda membersihkan meja kerja anda sekurang-kurangnya seminggu sekali supaya anda tidak bertambah stress, pening kepala, alahan, asma atau sebagainya.

Adalah sangat penting kita amalkan gaya hidup yang sihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Paling tidak, kita mampu mencegah penyakit yang menyerang dari peringkat awal.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen