9 Cara Menggembirakan Pasangan Yang Perlu Anda Buat.

 

Kadang dalam rumah tangga ada masa marah, merajuk, bahagia dan juga rasa lainnya. Kadang kita sampai tak tahu macam mana lagi cara nak buat pasangan gembira dan sentiasa tersenyum dengan sikap kita. Bagi pasangan yang sudah memiliki cahaya mata, sangat mudah untuk mengambil perhatian pasangan. Tidak salah lagi dengan adanya cahaya mata menjadi penyeri bagi kedua pasangan suami isteri. Pertengkaran kecil biasa terjadi dan mungkin ianya akan berterusan dan menjadi masalah bagi anda. Kali ini ada beberapa cara yang ingin saya kongsi dengan anda tentang cara-cara yang perlu kita lakukan untuk menggembirakan hati pasangan kita.



Cara yang perlu anda lakukan diantaranya iaitu sebagai berikut :

1. Kemas dan wangi.

Sentiasa bersih dan wangi untuk pasangan anda. Ingat bahawa Rasullah SAW akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan baginda sentiasa gemari bau-bauan yang wangi. Jadi bagi anda yang terlepas pandang mengenai wangi-wangian ini, cubalah berubah menjadi wangi dan bersih. Sudah pasti pasangan anda akan menyukainya.

2. Menggunakan nama panggilan.

Gunalah nama panggilan untuk memanggil pasangan anda. Elakkan guna nama yang boleh buatkan hatinya luka. Panggilan manja seperti sayang, darling, manja, adinda, atau yang lain sebagainya akan menambahkan lagi hubugan mesra anda dan pasangan.



3. Kenang jasanya.

Usah melayan perasaan anda seperti melayan lalat yang datang mengganggu kita. Kenangi tanggungjawab yang telah dilaksanakan pasangan sebagai seorang suami atau isteri setiap hari dan hargainya. Sentiasa ingat kebaikan pasangan anda dan jangan lupakannya.

4. Elakkan terlampau mengkritik.

Jika secara tak langsung anda melihat ada kesalahan pasangan anda, jangan anda hentam secara langsung dan jangan menjatuhkan kesalahan dengan serta merta. Berdiam dirilah dan jangan komen macam-macam terhadap pasangan, terutamanya dihadapan orang ramai mahupun keluarga.

5. Senyum dan peluk.

Senyum adalah sedekah dan amalan yang paling senang anda lakukan dan mendapatkan pahala yang besar. Sentiasa tersenyum terhadap pasangan anda, bayangkan kalau senyuman itu adalah senyuman terakhir untuk pasangan anda. Terdapat hadis yang mana Rasulullah SAW akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang dan juga semasa baginda sedang berpuasa. Peluk isteri anda ketika hendak berangkat kerja dan setibanya kembali kerumah. Pelukan anda sebagai seorang isteri akan mendamaikan hati suami walaupun sudah seharian berpenat lelah bekerja. Begitu juga kesannya terhadap isteri dirumah.



6. Ucap terima kasih.

Sentiasa ucapkan terima kasih kepada pasangan anda, walaupun pasangan anda melakukan hal kecil bagi anda. Berterima kasihlah atas apa yang telah dilakukan oleh pasangan anda. Contoh kecilnya berterima kasih kepada suami kerana telah mengantar anda ke pasar atau telah mengantar anda ke klinik. Atau berterima kasih kepada suami kerana telah membelikan sehelai baju kepada anda. Begitu juga sebaiknya kepada suami, berterima kasih kepada isteri kerana telah memasak untuk anda walaupun rasa masakan itu tak seenak masakan ibu anda.

7. Jangan merendahkan keinginan isteri.

Ada segelintir suami yang mengambil remeh hal ini, mereka kadang tidak mengambil berat keinginan isteri. Pujuk isteri anda dan laksanakan dan tunaikan hajat isteri anda. Rasulullah SAW telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj RA menangis kerana baginda telah meletakkan dia di atas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkannya dengan unta yang lain.



8. Bergurau senda antara sesama pasangan.

Jadilah sumai yang pandai ambik hati isteri anda dan berbuat baiklah pada isteri. Cuba anda ingat bila terakhir kali anda bergurau dengan isteri anda? senda gurau dengan pasangan akan memisahkan jurang yang dalam diantara keduanya. Jadi sering-seringlah anda bergurau senda dengan pasangan, kerana ianya baik untuk mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

9. Berikan layanan terbaik untuk isteri dan ahli keluaga anda.

Pesanan baginda Rasulullah SAW “orang yang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan baik, dan akulah orang yang terbaik di kalangan kamu bagi keluarga aku”.

Terpandu dengan hadis ini, maka lakukanlah yang terbaik dalam melayan pasangan anda. Mudah-mudahan rumah tangga anda berdua sentiasa berbahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,235 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen