Mudah Berjanji Tapi Tak Pernah Tertunai. Ini Penting Mengapa Anda Perlu Tepati Janji Pada Pasangan.

 

Berjanji ini memang mudah, tapi nak tunaikan sememangnya satu perkara yang paling berat untuk dilakukan. Banyak orang mudah kecewa dengan janji yang tidak tertunai ini, walaupun nampak macam kata-kata sahaja tetapi bila berjanji ini kenalah tunaikan.

Tidak kiralah dengan siapa pun anda berjanji, tetapi cuba dan usaha untuk tunaikan janji anda itu. Barulah orang akan percaya pada diri anda. Apabila kita menjanjikan pada sesiapa pun, kita harus memastikan janji yang sebaik mungkin.


Pastikan anda tidak pernah memungkiri janji, terutama apabila menjanjikan sesuatu kepada pasangan anda. Sebagai seseorang yang paling dekat dengan kita, sangat penting bagi kita untuk memastikan janji kita ditunai sebaik mungkin.

Jangan kita dah berjanji macam-macam akhirnya tak tertunai. Itu semua akan timbulkan rasa ragu-ragu nak mempercayai diri anda sendiri.



Menurut web yourtango.com, janji-janji yang tidak tertunai ini hanya akan membuat pasangan berasa kecewa. Pasangan anda bukan sahaja kecewa tetapi dia boleh menghilangkan kepercayaan kepada diri anda. Pasangan juga akan meragui kesungguhan anda malah merasakan hubungan tersebut tidak akan sampai ke mana.

Ada beberapa sebab mengapa pentingnya anda tunaikan janji kepada pasangan anda.



Pertahankan kerpercayaan

Dalam hubungan ini, kepercayaan ini sangat memainkan peranan yang paling utama. Di saat pasangan anda hilang kepercayaan terhadap diri anda, maka hubungan akan mula retak dan juga renggang. Maka dengan itu, tunaikan janji anda maka pasangan akan mula percaya anda. Bahkan mereka juga akan yakin bahawa anda sangat menghargai dirinya.



Hubungan semakin bahagia

Biasanya janji-janji yang terluah ini adalah satu kata-kata yang manis dan sangat menyejukkan hati seseorang. Walaupun ia sekadar ayat “malam ini kita makan sama” tapi bila pasangan dengar, tentu sahaja dia akan gembira dan terasa bahagia. Tapi bila tak tertunai tentu akan jadi satu kecewa. Namun, bagaimana kalau tertunai? Tentu rasa gembira dan bahagia yang tadi akan berganda. Malah, hubungan kalian juga akan baik walaupun baru lepas berdepan dengan salah faham.



Tambah rasa cinta

Apabila kita ingin memastikan janji-janji kita tertunai dengan baik, ini akan menambah kasih sayang kepada pasangan anda untuk anda sendiri. Menerima diri dengan ikhlas, setia dan sentiasa tunai janji-janji anda dengan baik, ini akan menjadikan pasangan lebih bahagia. Ini juga akan menjadikannya lebih mencintaimu.

Ini adalah sebab mengapa pentingnya anda tunaikan janji pada pasangan anda. Kalau tak mampu jangan berjanji. Mula pada janji segala perasaan dan keadaan hubungan akan berubah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen